Nuff Head

29 Oktober 2010

RAMALAN SIAPA MENANG DI BATU SAPI!

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan Barisan Nasional, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berentap mendapatkan sokongan undi daripada 25,582 pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pengundi-pengundi inilah yang menentukkan siapa tersungkur dan siapa menang dalam pegundian itu nanti pada 4 November ini.

Para panganalisis politik, melihat pilihan raya kecil ini amat menarik dari segi pencalonan di mana SAPP telah meletakan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon. Persoalannya dapatkah Datuk Yong meraih kemenangan di Batu Sapi?Jumlah pengundi kaum tionghuwa 9,737 di kawasan ini dikatakan merupakan aset besar kepada beliau kerana ramai daripada ahli-ahli perniagaan dari keturunan Hakka, Kontanis dan Hokkien adalah rakan-karibnya semasa menjadi Ketua Menteri Sabah dahulu.Justeru kerana itu Datuk Yong begitu yakin dengan kekuatan parti SAPP itu yang mampu memberi saingan sengit kepada parti Barisan Nasional dan mampu membuat kejutan diluar jangka bagi memenangi pilihan raya kecil berkenaan.

Apapun yang diperjelaskan oleh SAPP, keputusannya selepas pengundian, hipotesis seperti ini sesiapapun boleh melakukan kerana demokrasi bersuara dan melahirkan idelismenya dalam politik adalah bebas dan dibenarkan.

Justeru kerana itulah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti kompenan BN Sabah supaya tidak memandang rendah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Batu Sapi ini.Setiap parti ada kelebihan dari segi strategi memenangi hati para pengundi, perkara inilah perlu diberi perhatian dan perincian supaya BN dapat menyaingi strtegi parti lawan dalam pilihan raya kecil itu.

Maka kerana itulah calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, perlu digandingi mantap oleh para pemimpin BN untuk berkerja keras berdepan rakyat dan memperjelaskan agenda perjuangan politik mendiang suaminya Datuk Edmund Chong.

Rakyat perlu diyakinkan bahawa perjuangan membela kehidupan rakyat di Batu Sapi masih berterusan dan berkesinambungan.Sudah tentu rakyat Batu Sapi tidak mudah lupa akan jasa dan pengobanan Datuk Edmund membangunkan kawasan ini semasa hayatnya dahulu.

Pengundi Bumiputera Islam berjumlah 15,099 itu adalah kelebihan calon BN kerana mejoritinya adalah ahli UMNO yang menjadi penyokong kuat akar umbi kerajaan.Kekuatan calon BN Datin Linda Tsen dilihat juga pada sokongan padu masyarakat cina yang mengandung pertusan pengundi berjumlah 38.06. Jumlah inilah berperanan mengimbangi undian dari kaum cina, bumiputera islam, bumiputera non muslim dan kaum India.

Dari segi kekuatan jentera gerak gempur, publisiti media massa dan media elektronik BN ada kelebihan untuk tujuan meraih undi.
Sementara itu, Parti Pakatan Rakyat (PKR) meletakan Ansari Abdullah sebagai calon dalam pilihan raya kecil Batu Sapi.Beliau merupakan seorang peguam professional dan menjawat jawatan dalam parti sebagai Ketua Cabang PKR, Tuaran. Ansari Abdullah dikatakan diberi mandat besar oleh Presidennya Datuk Seri Wan Dr. Azizah Wan Ismail untuk berkempen habis-habisan bagi meraih undi demi kemenangan PKR dalam pilihan raya ini.

Bagi PKR, kemenangan ini penting sebagai titik bermulanya empayar parti itu di negeri Sabah.

Namun demikian, tidak semudah itu parti PKR mendapat laluan memenangi piliharan P 185 Batu Sapi. Barisan Nasional akan mepastikan gerakan pembangkang menyebarkan dakyahnya memburuk-burukkan kerajaan akan ditentang habis-habisan tegas Tan Sri Muhyiddin .
Keputusan pilihan raya P 185 Batu Sapi segala-galanya ditangan rakyat. Rakyatlah yang mengadili pilihan raya ini siapa tersungkur kalah dan siapa berdiri menang. Namun rakyat harus bijak menilai sendiri parti mana hendak disokong dan calon mana hendak di undi.

Kalau parti BN yang disokong maka undilah calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin.Itulah calon paling tepat dan calon terbaik.Calon lain katakan ,“Tak Nak.”- sumber suara bebas

2 ulasan:

  1. Semoga calon BNPBS menang di PRK P.185 Batu Sapi. Namun dalam beberapa hari ini di dapati calon BN ini tidak pandai berbahasa Malaysia.Walau berpendidikan Inggeris pun hendaknya apabila dalam temuramah oleh saluran TV Perdana berusaha lah berbahasa Malaysia . Kebetulan kita dalam bulan bahasa Kebangsaan. YB Tan Sri Joseph Pairin kena ajarlah ahli-hali partinya yang akan berjawatan berbahasa Malaysia dengan baik.

    BalasPadam
  2. benar ,semoga bn menang tapi ytl pun berkempen dengan agresif ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...