Jika fenomena ini terjadi di semenanjung, sudah tentu penyebabnya adalah UMNO. Tapi fenomena ini terjadi di Sarawak, pastinya salah Ketua Menteri...
Apa kata Pakatan Rakyat, jika kejadian yang sama terjadi di Kelantan, Kedah, Penang atau Selangor? entah-entah salah siapa...
Apa kata Pakatan Rakyat, jika kejadian yang sama terjadi di Kelantan, Kedah, Penang atau Selangor? entah-entah salah siapa...
Baca berita disini
SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.
“Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang,” katanya.
Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit.
Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau dibatalkan. – BERNAMA
Sama-sama kita berdoa agar masaalah ini selesai secepat mungkin.
BalasPadamBerat mata memandang berat lagi bahu memikul bagi KAMI penduduk tempatan.
Memang fenomena semulajadi begini diluar kawalan sesiapa pun.
Melainkan ini adalah sabotaj pihak2 yang tidak bertanggung jawab ,bagi menyalahkan seseorang?? nauzubilah min zalik.