Nuff Head

28 Oktober 2010

Rupanya ahli PBB super sensitif?

Setuju atau tidak, rupanya ada ahli Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bersikap ‘super sensitif’ bila tuan mereka dikritik. Tidak salah menyokong YB, Menteri atau tokoh politik yang kita suka, itu semua hak peribadi masing-masing.

Tapi, Perlukah saya bertanya kepada orang Kuching, Miri atau Bintulu tentang apa masalah di kawasan Mukah? Perlukah saya bertanya pada orang Bandaraya tentang masalah dikampung?

Ironisnya ada segelintir ahli PBB yang menghantar beberapa mesej kepada saya, mengatakan kekesalannya bila saya menulis tentang masalah ditempat tertentu. Sensitif...!!

Apakah dengan berdiam diri dan merungut dalam kelambu, maka masalah akan selesai? Lebih melucukan, ada juga yang menyuruh saya berjumpa ketua menteri dan perdana menteri untuk menyuarakan masalah orang kampung…hahaha

Yang pasti mereka tidak biasa mendengar kritikan, itu mungkin berbeda dengan tuan mereka yang sudah lali dengan tomahan.

Jika tidak berminat dengan blog, bacalah Utusan Sarawak. Begitu juga orang PKR, bacalah Suara Keadilan. Semua itu sesuai dengan selera tuan-tuan.

Ada juga ahli PBB yang saya temui, mengaku mereka pakar dalam dunia internet dan komputer. Tapi dimana suara mereka, bila pemimpin kesayangan mereka dikritik? mungkin menunggu pilihanraya?

Sedikit contoh, Bila isu kaum Penan dijuarai PKR dan PAS sebagai propaganda, sepatutnya orang PBB memiliki data dan fakta tentang usaha kerajaan terhadap masyarakat Penan sejak awal 80an. Tapi jawaban yang diberi para blogger ahli parti BN Sarawak, cuma; anwar liwat, anwar liwat dan anwar liwat…


Dalam masyarakat yang sudah terdidik dengan klausa “diam tanda setuju”, ditambah dengan sikap segelintir pemimpin BN negeri yang gemar berfalsafah. Bukan sekadar gagal menjawab tomahan, malah sebagai alasan pun tidak mampu.

Jika ahli PBB di cabang-cabang tertentu merasa tercabar dengan kritikan, buatlah blog anda sendiri. Suarakan pendapat atau bantahan, Bukan sekadar sensitif bila dikritik.

Blogspot adalah percuma, mengapa tidak!


p/s: jika tidak sanggup dimaki hamun, jangan tulis blog politik. Tulislah resepi...

7 ulasan:

  1. ..bijak pandai pernah berkata..jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. ada juga bidalan mengatakan yang salah disanggah yang benar dijunjung..jika fikiran tidak matang jangan main politik..tidak salah ditegur dan dikritik jika ianya boleh bawa kebaikan..

    BalasPadam
  2. Kita Melanau hanya 5% di Sarawak... kalau tidak kerana Melayu dan Bumiputra lain sokong kita, kita takkan kemana. Dari itu tolong cakap hal ini kepada pemuka-pemuka PBB kalau masih nak kuasa...bantulah saudara-saudara kita ni!. Ni tidak dah hampir 50 tahun MERDEKA hidup massyarakat BUMIPUTRA masih tidak terbela! Asyik CM dan konconya yang kaya-raya.

    BalasPadam
  3. Salam....
    Firstly saya amat bangga sekali akhirnya ada juga saudara saya suku kaum Melanau yang wujudkan blog untuk sama2 kita bertukar2 pandangan bukan sahaja untuk kaum Melanau tapi untuk kaum bumiputera kita di Sarawak sama ada yang Islam mahupun bukan Islam.
    tahniah....

    BalasPadam
  4. Salam... (Sambungan...)

    Di sini saya ingin ambil kesempatan untuk kita sama2 berpesan dan beringat. Tak kira kita Melayu, Melanau dll (terutamanya Islam), janganlah kita memaki hamun/sumpah seranah sesama sendiri tanpa bukti spt yg blaku di s/jung. Cerita pemimpin kita mcm ni, mcm tu melalui cerita kedai kopi. Ingatlah dosa kita Allah takkan ampun jika tdk memohon maaf kpd yg kita marahkan td tanpa bukti. Ingatlah saudara semua...

    Abang

    BalasPadam
  5. Tak kira Melayu/melanau sekalipun yg penting kita Islam. Bangsa lain melihat kita yang berpecah2 ni disebabkan politik sempit yang kita terikut2 spt di S/jung. jgnlah wahai saudara. Jgn disebabkan KM adlh dr kaum Melanau, maka ada segelintir yg sedikit Melayu menyalahkn keseluruhan kaum Melanau. MasyaAllah... Bawa iistghfar.... Sedangkan saya lihat skrg tiada apa bezanya Melayu & Melanau terutamanya yg beragama Islam. Ingatlah agama.Jangan pecahkn hubungan sesama Islam. kita bumiputera minoriti di Sarawak ni. MUSTAHIL ikut amalan demokrasi minoroti mewakili majoriti. disebabkan kita bersatulah kita berkuasa.
    Majoriti menunggu masa utk ambil alih jika kita berterusan berpecah belah.
    FIKIR2KAN...

    Abang

    BalasPadam
  6. Ada segelintir Pemimpin2 PBB terutamanya di atas masih dalam Zon Selesa. Tiba masanya jika masih terbang tinggi tanpa mahu menunduk kebawah, akan jatuh juga. Sedangkan mereka semua juga bermula di bawah. Harap2 mereka Allah bukakan mata & hati utk terus berkhidmat demi rakyat yang memilih. mereka dilantik rakyat. Dari rakyat jugalah mereka dilucutkan kedudukan jika tidak berhati2.

    Abang

    BalasPadam
  7. @Abang:
    waalaikumsalam,
    saya hargai pandangan dan komentar saudara.
    semoga kita sentiasa berpesan-pesan agar tidak terlibat dengan politik maki hamun.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...