Nuff Head

10 Oktober 2010

'LIvE' JALAN TERPUTUS , BALAK TERAPUNG SG REJANG "SABOTAJ?".



KAPIT 8 Okt. - Ribuan balak yang dibuang, sisa-sisa kayu serta pokok terapung memenuhi Sungai Rajang sejak semalam menyebabkan ia tidak dapat dilalui oleh semua jenis bot.

Balak serta sisa-sisa kayu berkenaan yang hanyut ke Sibu sejauh 176 kilometer dari sini turut menyebabkan laluan Sungai Rajang di bandar raya berkenaan tidak dapat dilalui oleh bot.

Situasi mencemaskan yang pertama kali berlaku itu menyebabkan beratus-ratus penduduk gelisah kerana ia menyebabkan laluan utama pengangkutan air ke pekan ini terputus sejak pukul 2 petang semalam.

Penduduk mendakwa sisa-sisa berkenaan datang dari kawasan hulu Sungai Baleh dan Sungai Mujong dekat sini yang mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti hujan lebat tanpa henti di hulu sungai serta penerokaan hutan disebabkan aktiviti pembalakan yang berleluasa selain aktiviti pertanian.

Seorang pengusaha bot ekspres yang beroperasi dari pekan ini ke Putai di Hulu Baleh, Michael Turan memberitahu, semua bot ekspres yang bertolak dari pekan ini ke Nanga Gaat dan Putai pada tengah hari semalam terpaksa berpatah balik ekoran laluan sungai yang langsung tidak dapat dilalui.

Malah, katanya, sepasukan lima anggota bomba yang sepatutnya berlepas ke Putai bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan itu terpaksa berpatah balik kerana laluan sungai yang berbahaya dan tidak dapat dilalui bot.

Tambahnya, beberapa bot ekspres yang bertolak dari Sibu ke Kapit terpaksa memperlahankan kelajuan dengan menyusur berhampiran tebing sungai untuk mengelak terlanggar balak dan kayu.

Bekas Yang Dipertua Majlis Daerah Kapit, Joseph Jinggut pula memberitahu, beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini.

Menurut beliau, sewaktu dalam perjalanan dari Sibu ke sini, bot ekspres yang dinaikinya hampir terperangkap di kawasan Dermaga Beltih.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi yang menaiki sebuah lagi bot ekspres juga dari Sibu hampir terperangkap di antara himpunan balak dan sisa kayu yang hanyut.

Sementara itu, di Sibu, Bernama melaporkan Kerajaan Sarawak akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung keadaan yang membimbangkan itu.

"Kami perlu mengenal pasti puncanya, tetapi jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia diakibatkan oleh faktor manusia, tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, tidak boleh dilalui oleh semua bot, sama ada besar atau kecil, sejak tengah hari ini.

Soon Koh yang melihat keadaan itu dari Terminal Bot Ekspres Kapit menggambarkan keadaan itu sebagai 'bencana alam semula jadi secara besar-besaran'.

"Saya dimaklumkan di Kapit semalam bahawa sisa-sisa itu terapung sejauh kira-kira 50 kilometer. Keadaan ini masih berterusan di Kapit hari ini sungguhpun berlaku dalam bahagian dan ukuran yang lebih kecil," katanya.

Soon Koh berkata, beliau dimaklumkan bahawa terdapat tanah runtuh besar-besaran di Putai dan Nungun iaitu kawasan konsesi pembalakan di Baleh di pedalaman Bahagian Kapit ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri.

Soon Koh berkata, keadaan itu belum pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan ia agak menakutkan.

"Apabila keadaan semakin pulih dan terdapat laluan yang boleh digunakan di sepanjang sungai, pasukan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak akan memeriksa Jambatan Durin serta Lanang untuk mengeluarkan apa jua sisa yang mungkin terperangkap pada asas jambatan di sungai itu," katanya.

Sementara itu, bas ekspres dan kenderaan air lain yang mempunyai jadual perjalanan di sebelah tengah hari ke Kapit terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.

Mereka yang berlepas pagi ini pula terpaksa singgah di tempat yang selamat sepanjang laluan itu.-utusan malaysia.

alehkayong berharap siasatan terperinci dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil , sebab ini merupakan jalan utama bagi kami penduduk sekitar kawasan ini.alehkayong yakin pihak berkaitan akan mengenalpasti puncanya.Bersyukur kehadrat ilahi tidak ada kehilangan jiwa dilapurkan dalam ' fenomena sungai Rejang ' ini.Setiap apa berlaku pasti ada hikmahnya.
MUNGKINKAH INI SABOTAJ DARI PIHAK TERTENTU UNTUK MENYALAHKAN SESEORANG?? nauzubilahmin zalik.

9 ulasan:

  1. I totally dont agree with the vid title as per attached above.. Why everyhing got to do with the CM?

    BalasPadam
  2. apai ngelai, betul kata alehkayong apa berlaku pasti ada hikmah.sapa makan cili diteras pedasnya.bagi barua seperti sdra baca betul-betul berita diatas.pls think positive dont think destructable.berbaik sangka dan beristifar banyak2....podaaaaaaaaaa.....

    BalasPadam
  3. Salam AN dan Tanpa Nama 2010 OKT 9 20:31,

    Terima kasih atas komen kerisauan saudara2 ,

    Sama-sama kita berdoa agar masaalah ini selesai secepat mungkin.

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .bagi penduduk tempatan.

    Memang fenomena semulajadi begini diluar kawalan sesiapa pun.

    Melainkan ini adalah sabotaj pihak2 yang tidak bertanggung jawab ,bagi menyalahkan seseorang?? nauzubilah min zalik.

    BalasPadam
  4. ak , kejadian dikatakan berpunca dari log pond pembalakan yg pecah akibat hujan di hulu sungai area putai...sumber belum dikenalpasti...tunggu laporan dr Lembaga Sungai Sungai Kapit...

    BalasPadam
  5. This is because stupid timber taukes rape our beautiful forest without any guilt and responsibility to our mother nature and Sarawakian as a whole. This timber taukes like KTS and ETC (u know who) mainly from SIBU all leaving beyond thier means and most children migrated to overseas (no loyalty to sarawak...all merely traitors) - so they r the main culprit and traitor here...govt should sue this people...

    BalasPadam
  6. Salam bro, kedua-dua anggapan itu mungkin ada kebetulannya, walau bagaimana pun itulah kehendak alam yang sering berlaku dikawasan-kawasan sungai sekurang-kurangnya 5 tahun sekali, kalau di semenanjung dipanggil pembersihan sungai melalui hukum alam....

    BalasPadam
  7. Bro..tak ada yang mengaku balak tu siapa punya ke..Selalunya balak ni berebut orang nak,sampai curi pulak..

    BalasPadam
  8. sebenarnya tu kayu sampah ...lapuran penuh akan keluar minggu depan.

    BalasPadam
  9. Salam, akhirnya Allah S.W.T juga penentu segalanya, kalau nak jadi, dalam tidur pun boleh mati, segala nya atas takdirnya jua, kita merancang Allah yang menentukan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...