Nuff Head

28 Oktober 2010

PKR lawan DAP di Batu Kawah

Kenapa begitu ramai menyatakan Harimau DAP mula menunjukkan kukunya di Sarawak? Teman blogger saya begitu rancak melaungkan nama Lim Guan Eng eh bukan, nama Harimau DAP Sarawak. Bukan Wong Ho Leng tetapi Chong Jieng Jen.

Kalau nak tahu siapa Chong Jieng Jen sila ikuti kisah anak Harimau yang keluar dari hutan masuk Kota Sentosa.


diterjemah dan disadur dari audie61

"Melepasi Batas Pemuda"



Di manakah  'Lim Guan Eng dari Sarawak' kini berada?  audie61' ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Jucucakap Politik baru kami Tiger Liew dengan isu pertama beliau: - 

Di Semenanjung Malaysia, mereka ada Lim Guan Eng, di Sarawak pula, kami ada Chong Chieng Jen.

Sepertimana puak Lim yang mendominasi DAP di barat, keluarga Chong pula memiliki pengaruh yang besar ke atas DAP di Sarawak. Bahkan mereka mungkin memiliki keyakinan bahawa Chieng Jen sekarang tidak dapat dikalahkan. Besar kemungkinan juga akan menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak. Ini tidak mustahil kerana hal ini telah terjadi di Penang dengan Lim Guan Eng, bukan?

Dalam politik, persepsi lebih kuat dari kenyataan. Mereka percaya bahawa mereka akan menang dalam tempoh jangka panjang.  Setakat ini, nasib telah banyak menyebelahi CCJ. Dia berjaya mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Bandar Kuching untuk penggal yang kedua, melalui gelombang ketidakpuasan terhadap SUPP dalam pilihan raya tahun 2006. Walaupun menang tipis mengalahkan Alfred Yap Chin Loi dan memenangi kerusi baru Kota Sentosa tapi sudah cukup untuk menyemarakkan lagi semangat perjuangan beliau.

Bagaimana agaknya perasaan Alfred Yap setelah kehilangan kawasan tersebut? Kita cuma boleh meneka. Beliau telah diminta untuk menyerah kerusinya di Batu Kawah kemudian memecut bagai kesatria berkuda berbaju zirah ke Kota Sentosa.  Malangnya beliau tersungkur.  

Khabar angin pula menyatakan bahawa Yap telah berkempen sejak hari dia kehilangan kerusinya. Terdapat ura-ura juga menyatakan bahawa Yap mengidam untuk mendapat  peluang kedua sekiranya diluluskan untuk memenangi pencalonan parti SUPP di Kota Sentosa. Dia sememangnya telah bersedia sepenuhnya untuk pusingan kedua di Kota Sentosa.
Jika Yap mendapat pencalonan kedua kalinya di Kota Sentosa, inilah peluang keemasan bagi dirinya untuk bertemu dan menumbangkan bakal Ketua Menteri Sarawak dari DAP iaitu Chong!

Bagi Chong, dia telah membuktikan kejaguhannya ketika dia berjaya menjatuhkan Timbalan Menteri Yap di Kota Sentosa. Dia kini yakin bahawa dia mampu berhadapan dengan calon parti lawan yang lebih tinggi lagi.  DAP selalu angkuh mengatakan bahawa para pemimpin mereka (misalnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) boleh diterbangkan di mana saja ke kawasan-kawasan majoriti Cina dan menang. Si Lim tua telah terbukti berkali-kali dengan memenangi kerusi di Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Mampukah Chong mempertahankan kerusinya di Kota Sentosa dalam pusingan yang seterusnya?  Adakah dia akan ditugaskan untuk memburu seekor naga baru di tempat lain dan menobatkan orang kanannya untuk mempertahankan Kota Sentosa? Jika DAP masih boleh menekan kemarahan pengundi Cina, pastikah Chong akan menjadi pahlawan dan membuktikan kemampuannya dengan merempuh masuk ke dalam benteng musuh? Sudah semestinya dia akan meninggikan hidungnya di antara rakan-rakannya di Semenanjung Malaysia jika dia dapat memenangi kerusi di tempat lain di Sarawak.  Tapi di mana agaknya yang menjadi sasaran beliau?

Jika Chong memilih untuk bertanding di kawasan lain, tempat yang pasti adalah kerusi Batu Kawah. Dia sering dilihat berkunjung ke kawasan tersebut baru-baru ini.

Shhhhh, SUPP Batu Kawah pasti gerun apabila mengetahui 'Chong lawan Tan Joo Phoi'.  Pada saat ini juga, kita boleh melihat bagaimana calon PKR See Chee How  tengah hebat berjuang di Batu Kawah. Tetapi sekiranya Chong turut serta dalam perebutan kerusi Batu Kawah, perrhitungannnya akan menjadi semakin menarik.

Jadi, adakah Chong akan meninggalkan Kota Sentosa untuk Batu Kawah? Apakah dia akan membuktikan kemampuannya dan menghidupkan gelaran yang mereka telah berikan kepadanya: 'Idola Belia Cina dari Desa'.  Bagaimana pula status calon PKR See Chee How dan Tan Joo Phoi?

Jangan lupa, anda akan mendengar dengan lebih lanjut tentang hal ini dari  Tiger dalam blog audie61



Later Cloud Surfer

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...