Ini bukan kali pertama! tapi ini kali kedua Ansari terjatuh ke dalam laut ketika ghairah berkempen dari rumah ke rumah. Apakah beliau terkena badi air, yang memungkinkan beliau terjatuh lagi? dan lagi... dan lagi...
Mungkin juga ini petanda, PKR akan tenggelam di laut china selatan?
Sila baca disini:
SANDAKAN: Baru dua hari selepas jatuh ke laut, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah, tergelincir lagi ke laut selepas jambatan kayu menuju ke sebuah perkampungan nelayan runtuh hari ini.
Dalam kejadian 3.45 petang itu, Ansari dan rombongan kempennya, termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Gas.
"Ia berlaku sejurus selepas Tan Sri Khalid (Ibrahim) melepasi jambatan itu menghala ke sebuah rumah yang dibina atas laut.
"Beliau bergayut pada sebuah papan bila lima pekerja kempen cuba mengangkatnya. Bagaimanapun, mereka semua jatuh ke laut, kata Jumin Jeffrey Masuling, pengurus media pilihan raya PKR.
Jumin yang juga Setiausaha Cabang PKR Tuaran, berkata Ansari yang juga Pengerusi Cabang PKR Tuaran, diselamatkan oleh penduduk kampung.
"Beliau mengalami cedera ringan di lutut dan dada dan dihantar ke Hospital Sandakan," katanya.
Selepas rawatan, beliau meneruskan kempen.
Pada Rabu, Ansari dan pengurus kempennya Oting Enchi dan seorang wartawan NTV7 jatuh ke laut selepas titi kayu di sebuah kampung berhampiran Pulau Api Api runtuh.
Semua mereka basah kuyup di air sedalam semeter tetapi tidak cedera, kecuali telefon mudah alih dan kamera Ansari, bernilai RM4,000 rosak. - BERNAMA
sumber: berita harian
Mengikut tilikan Nujum Pak Belalang, Ansari Abdullah ini bukan sahaja kalah bahkan hilang wang deposit sebab dah jatuh Laut China Selatan 2 kali.
BalasPadamTetapi, kalau 3 kali bukan sahaja kalah dan hilang wang pertaruhan bahkan kalah teruk.
Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.