Negeri Sarawak membentuk 37.5 % daripada jumlah kawasan negara Malaysia. Bayangkan betapa besar tanah yang dimiliki penduduk Sarawak dengan populasi cuma 2.5 juta. Bayangkan juga betapa sukar untuk mengakses tempat-tempat tertentu dengan keadaan penduduk yang hidup berkelompok dan bertaburan.
Tanah, suatu isu yang sentiasa dekat dihati rakyat Sarawak. Maka tidak hairan DAP dan Pakatan Rakyat sering teruja untuk bermain sentiment ini. Masyarakat Sarawak juga mudah terpancing bila menyentuh soal hak tanah mereka.
“Tanah dirompak oleh kerajaan”, “Tanah dirompak oleh Taib Mahmud” dan “Tanah dirompak oleh kaum melanau”. Semua ini baru didengar, bila Pakatan Rakyat mulai menjajah minda masyarakat Sarawak, lihat saja di forum-forum mereka. Jika DAP bersifat lebih metametikal dalam beretorik tentang isu tanah, parti PAS pula menggunakan isu perkauman dan provokasi dalam isu yang sama.
Benarkah tanah dirompak dan siapa pula merompak sebenarnya?
Mari kita ke dunia nyata, sambil mengakui kebodohan diri. Sesekali mengaku kebodohan, tidak bermakna mengurangkan kewarasan.
Berdasarkan rekod Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, 90% dari tanah yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat telah dijual selepas 5 tahun. Mari tanya pada diri kita, kepada siapa tanah itu dijual? Dan dengan harga berapa?
Kembali ke tahun 90an dan awal tahun 2000, siapa yang membaca media berbahasa melayu di Sarawak tentu masih ingat tentang iklan tawaran “tanah boleh tukar motor”. Orang Kuching tentu lebih tahu siapa yang ingin motorsikal dan siapa pula yang ingin tanah. Itu belum termasuk yang digadai, seterusnya dijual pada “lintah darat” dengan ‘harga terpaksa’.
Bila tanah sudah terjual atau tertukar. Kita mula kepanasan dan rasa kehilangan. Memang sudah kebiasaan orang kita, menyalahkan pihak lain bila perut terasa sangat lapar.
Salah siapa bila tanah sudah dijual atau tertukar dengan sesuatu? Apakah DAP tidak tahu pihak mana sebenarnya beruntung kerana kebodohan dan keterpaksaan kita?
Maka tidak mengejutkan, DAP Sarawak bersungguh-sungguh berjuang dan mengharap kerajaan memberi tanah untuk setiap rakyat Sarawak. Juga sempat berjanji untuk memberi dan mempermudahkan pemilikan tanah.
Kerana semakin banyak tanah diberi oleh kerajaan dan semakin mudah dasar pemilikan tanah. semakin banyak juga akan dijual oleh kita yang goblok. Lalu, siapa yang untung kalau bukan orang-orang DAP?
Salahkah mereka membeli, sedangkan yang kita menjual?
Akhirnya kita menang sorak, kampung tergadai!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan