Nuff Head

09 Oktober 2010

Pelik tapi inilah kebenaran nya.

SIBU: Kerajaan akan menjalankan siasatan berhubung punca sebenar yang membawa kepada fenomena himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang yang telah ‘melanda’ bandar ini semalam.

TINJAU: Wong (kiri) bersama Tiong melihat sendiri fenomena himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang di Terminal Penumpang Sibu, semalam.
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kejadian itu merupakan satu fenomena yang pelik dan tidak pernah berlaku.

“Kita tidak boleh memandang ringan masalah ini. Kejadian ini juga tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa,” ujarnya kepada pemberita selepas melihat keadaan di Terminal Penumpang Sibu, semalam.
Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Timbalannya Daniel Ngieng Kiong Ann serta Jurutera Jabatan Kerja Raya, Vincent Tang.

Wong yang juga Menteri Kewangan II berkata, himpunan kayu yang hanyut itu boleh membawa kemusnahan serius kepada sistem ekologi sungai di sepanjang Sungai Rajang.“Masih terlalu awal untuk menentukan langkah yang patut diambil. Kita perlu melihat perkara ini bagi mencari jalan penyelesaian selepas keadaan kembali pulih,” katanya.

Menurut Wong lagi, mereka akan memikirkan cara bagaimana untuk membersihkan kayu yang menyekat aliran sungai, sebelum ia membahayakan pengguna sungai.Beliau juga merayu kepada operator bot agar memandu bot mereka dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Jika perlu, jangan gunakan sungai buat sementara waktu dan tunggu keadaan pulih sepenuhnya,” tambah Wong.Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, merupakan nadi pengangkutan bagi kawasan tengah Sarawak.

sumber dari utusan sarawak.

Tak apalah Dto Sri Wong biar Ho leng yang membersihkan sungai rajang,Dia kan yb yang prihatin.Biar dia bawa jurutera dari China ,USA dan lain-lain negara untuk mengatasi masalah banjir kayu.Ada juga jasa Dapig untuk orang Sibu.Boleh dia pukul canang untuk memberitahu rakyat yang dia dah mengatasi masalah banjir di sibu.

4 ulasan:

  1. Kalau kayu balak ramai yang berebut..bila kayu sampah kenalah YB uruskan...

    BalasPadam
  2. SALAM kuchingitam ,

    Sama-sama kita berdoa agar masaalah ini selesai secepat mungkin.

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul , bagi kami penduduk tempatan.

    Memang fenomena semulajadi begini diluar kawalan sesiapa pun.

    Melainkan ini adalah sabotaj pihak2 yang tidak bertanggung jawab ,bagi menyalahkan seseorang?? nauzubilah min zalik.

    BalasPadam
  3. salam kuchingitam,
    Sama-sama kita berdoa agar masaalah ini selesai secepat mungkin.

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .bagi kami penduduk tempatan.

    Memang fenomena semulajadi begini diluar kawalan sesiapa pun.

    Melainkan ini adalah sabotaj pihak2 yang tidak bertanggung jawab ,bagi menyalahkan seseorang?? nauzubilah min zalik.

    BalasPadam
  4. UG,
    kalau di jepun sampah kayu lebih mahal,tapi di sini mereka tak menghargai nya.Teknologi masih belum sampai.YB masih belum tahu macamana nak buat duit dari sampah...

    AK.
    Mungkin ini adalah dugaan dari yang maha ESA.Semoga kita di lindungi hendakNYA.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...