Dari Abu Hurairah ra berkata : Aku mendengar Nabi saw bersabda :
Pada Hari Kiamat nanti di antara orang yang paling pertama dibuat keputusan terhadapnya :
Di antara mereka ialah seorang yang syahid .
Orang ini akan dibawa depan Allah .
Allah akan menyatakan nikmat-nikmatNYA yang telah dikurniakan terhadapnya dan dia mengakuinya .
Kemudian Allah akan berfirman :
Apa yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini ? ,Dia akan menjawab :
Aku telah beperang untuk mendapat redhamu sehingga aku syahid .Allah akan berfirman :
Engkau Berdusta ! Engkau berjihad supaya orang menggelarkan kau seorang yang berani dan yang demikian itu telah diperkatakan .
Kemudian dia akan diperintah untuk diseret di atas mukanya dan akan di lempar ke dalam neraka Jahanam.Orang yang kedua ialah yang telah mempelajari ilmu agama dan mengajarkanya kepada orang lain dan dia membaca Al-quran.
Dia akan di bawa di hadapan Allah.
Allah akan menyatakan nikmat-nikmatNYA dan orang itupun mengakuinya.
Kemudian Allah berfirman :
Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat ini?Dia berkata :
Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMUlah aku telah membaca Al-Quran.Allah berfirman :
Engkau berdusta ! engkau pelajari ilmu untuk orang menggelarmu ' alim dan kamu membaca Al - Quran supaya orang panggil kamu qari .Kemudian dia putuskan supaya diseret diatas mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam.
Orang yang ketiga ialah orang yang kaya didunia dahulu telah di berikan kemewahan dan segala bentuk harta benda.
Dia akan dibawa di hadapan Allah. Allah akan menyatakan nikmat-nikmatNya dan dia pun mengakuinya.
Kemudian Allah berfirman .
"Apa yang telah kamu lakukan terhadap nikmat-nikmat itu .?Dia menjawab :
Apa sahaja saluran yang engkau suka supaya dilakukan perbelanjaan padanya , semuanya telah aku belanjakan padanya harta-hartaku yang telah Engkau anugerahkan ini keranaMU .Allah berfirman :
Engkau Berdusta! Engkau berbelanja supaya bergelar dermawan dan itu pun telah diperkatakan Kemudian dia diputuskan supaya diseret diatas mukanya dan dilemparkan kedalam neraka Jahanam. (HR Muslim).
kat mana le kita nak duduk ni... takut la pulak hadapi saat itu
BalasPadamBenar cemomoi ,ada riwayat menceritakan ada diantara Sahabat-sahabat ra , pengsan ketakutan setiap kali hadis tersebut diperdengarkan..:(
BalasPadamsalam Aleh,
BalasPadamJelas terasa kejahilan diri, bila membaca info yang saudara tulis.
terima kasih kerana berpesan-pesan, semoga kita saling mengingatkan.
salam Melanau Blogger,
BalasPadamsemoga ianya menjadi iktibar bagi saya dan kita semua.
Jadual Bengkel Penulisan
BalasPadamUntuk Media Baru
Tarikh/Masa Perkara Penceramah
11/10/10 Hari Pertama
830-9.00 Pendaftaran
9.00-10.00 Perubahan dalam Landskap Politik di Sarawak/Malaysia Dr Jeniri Amir
10.00-1030 Minum Pagi
10.30-11.30 Media dan Politik Dr Jeniri Amir
11.30-12.45 Kewujudan Media Baru di Malaysia Abdul Hakim Bujang
12.45-14.00 Makan Tengah Hari
14.00-14.30 Jenis-Jenis Penulisan untuk Media Baru Dr Jeniri Amir
14.30-15.00 Sumber Berita dan Mencari Bahan Berita Abdul Hakim Bujang
15.00-16.30 5W, 1H, Inverted Pyramid Dr Jeniri Amir
12/10/10 Hari Kedua
9.00-10.00 Teknik Penulisan Rencana Pendapat/Analisis Dr Jeniri Amir
10.00-10.30 Rehat
10.30-12.00 Retorik/Propaganda dalam Penulisan Rencana Pendapat/Analisis Dr Jeniri Amir
12.00-12.45 Memberi Tajuk Dr Jeniri Amir
12.45-14.00 Makan Tengah Hari
14.00-16.00 Teknik Mengambil Gambar Haimy Razak
16.00.16.30 Penutup Abdul Hakim Bujang
mun berminat join, send message via facebook. ajak kawan sama. tempat terhad. siapa dahulu, dia dapat tempat.
Betul, hanya amalan yang ikhlas (karena Allah) sahaja yang akan diterima.
BalasPadam