Entah petanda apa, sampai jatuh bertubi-tubi?
Dua hari lepas, calon PKR Batu Sapi. Ansari dan pengurus kempennya Oting Enchi bersama seorang wartawan NTV7 jatuh ke laut selepas titi kayu di sebuah kampung berhampiran Pulau Api Api runtuh.
Hari ini, Ansari tersungkur lagi, bila jambatan kayu menuju ke sebuah perkampungan nelayan runtuh. Kejadian tersebut menyebabkan sekali lagi Ansari tercampak ke laut.
Dalam kejadian 3.45 petang tadi, Ansari dan rombongannya, termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Gas. Nasib baik Bang Khalid tak jatuh…
Dikabarkan dari tempat kejadian, bukan sahaja baju dan kain pelikat Ansari yang basah. Malah sebungkus ‘tembakau jawa’ yang beliau sering bawa turut mengalami kebasahan. Ampunnnn…
Seperti yang didakwa sebelum ini, Ansari sekurang-kurangnya sudah lebih enam kali bertanding sebagai calon pilihanraya. Ansari pernah jadi calon ketika bersama USNO dan kemudian menyertai PKR selepas meninggalkan UMNO.
Ansari juga pernah bertanding kerusi parlimen Tuaran dan beberapa kali kerusi Dewan Undangan Negeri. Namun semuanya ‘jatuh’ tewas kepada calon lain.
Ansari yang memiliki kepakaran bermain kata-kata, namun terus berahsia bila ditanya berapa kali beliau sudah ‘jatuh’ sebagai calon pilihanraya. Mungkin beliau segan untuk menjawabnya.
Apakah kali ini Ansari akan jatuh lagi? Jatuh sebagai calon atau tercampak ke laut…
0 ulasan:
Catat Ulasan