Anak sulung Allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, hari ini secara rasminya menyertai Pergerakan Puteri Umno serta dilantik menjadi anggota Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi pergerakan itu.
Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan borang berkenaan, Erni Dekritawati, yang lebih mesra dipanggil Rita, berkata penyertaannya yang didorong oleh rakan-rakannya itu bertujuan untuk meneruskan legasi arwah ibunya.
"Saya rasa saya boleh membantu usahawan-usahawan wanita untuk terus maju ke hadapan dan mempraktikkan segala ilmu yang diajar oleh ibu saya kepada orang lain.
"(Ini) cara untuk menghargai jasa ibu saya yang sebelum ini banyak menolong ibu tunggal serta wanita kurang upaya,ia menjadi satu platform untuk saya lebih senang menolong orang," katanya.
Selepas menyerahkan borang, Rita hadir kira-kira 10 minit untuk mengikuti perbahasan persidangan Puteri Umno yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail.
sumber malaysia kini
Semoga ALLAH mencucuri roh Datuk Sosilawati dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.
21 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan