بسم الله الرحمن الرحيم
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda , “ Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada kecuali berjaga malam “
Keterangan : Ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini.
Pertama , yang dimaksudkan di dalam hadith di atas adalah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi dengan sumber harta yang haram . Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya , dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada puasa .Oleh itu dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari.
Kedua seorang yang berpuasa tapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat .
Ketiga seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.
Sabdaan Nabi s.a.w adalah jami’(lafaznya sedikit tetapi membawa maksud yang luas).Semua pendapat dan perkara di atas serta sabdaaan-sabdaan Baginda yang lain termasuk dalam maksud tersebut.
Demikian juga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tapi untuk bersuka-suka telah mengumpat sedikit atau melakukan juga apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam itu untuk beribadat menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan solah subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun bejaga semata-mata kerana riak’ dan kemasysuran maka itu sememangnya sia-sia.
Semoga Allah pelihaha kita dari menjadi golongan yang tersebut menerima amalan-amalan kebaikan kita ,mengampuni keterlanjuran kita dan memperbetulkan Iklas niat kita khususnya pada bulan Ramadhan ini dan bulan-bulan berikutnya.
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
Sehari yang lalu
harap ramadhan kali ini benar-benar memberikan kebaikan kepada kita semua dan terjauh daripada sia-sia dan berlapar dahaga semata-mata
BalasPadamSalam...
BalasPadamKamek takut juak terlibat dengan dosa nganok urang, ngutuk urang dalam masa nulis di blog kamek dan komen di blog kawan-kawan. Benda tok sik di perhati kita boleh jadi tebik juak posa kita..
cemomoi ,
BalasPadamsemoga kita diberi kekuatan untuk berbanyak beristifar dan diampun keterlanjuran kita.
Salam saudaraku Abd Razak,
BalasPadamjazakallah ,kerisauan kita ya menimbulkan kerisauan kmk, lalai juak rasanya ,semoga kita semua khususnya kmk lebih berhati-hati dan memperbetulkan niat ketika bloging tok , bukan jak pada bulan posa tok tapi untuk bulan2 berikutnya .selagi diberi kesempatan , InsyAllah.
Salam...Moga bermula Ramadhan ini akan terus menjadikan kita orang yang beriman dan insan yang terbaik..
BalasPadamsalam ziarah...semoga kita terus bersyukur akan segala kenikmatan yang telah kita kecapi :-)
BalasPadamSalam.. ug , Amin ,dan melahirkan Amalan yang nurani.
BalasPadamsn , salam ziarah ,Amin.bagi orang yang bersykur dan sabar dalam solat pasti Allah tambah nikmatnya.
BalasPadamSalam, ada golongan yg berperangai mcm Khawarij pukul rata je tak kira Ramadhan apatah lagi bulan2 biasa.kerana didlm buan Ramadhan mereka boleh hayun semasa Tazkirah.
BalasPadamsalam saudara,
BalasPadampasal mengumpat, ini yang sangat dekat dengan kita. kadang-kadang tanpa kita sedari...
Salam ddinbuga , inilah golongan yang sangat merbahaya , sanggup putarbelit agama demi kepentingan sendiri.semoga allah pelihara kita dari mereka ini dan beri petunjuk kpd kita semua.
BalasPadamsalam al-basri,
BalasPadamsbb tu kita disaran berbanyak istifar.setiap masa dan keadaan mengikut kemampuan kita .wallhualam
Kadang2 kita ingat kita tak mengumpat..tapi sebenarnya kita mengumpat...takutnya kalau terbuat tanpa sedar...
BalasPadamBenar kata AA,sbb tu kita dianjur utk memperbanyakkan doa kepada Allah mohon petunjuk,salah satu doa yang diajar oleh junjungan besar kita adalah "Wahai Allah ,ampunilah dosa yang telah kami lakukan ,belum lakukan ,yang terang dan sembunyi ,yang sedar dan tidak sedar ,sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha pengampun".wallahualam
BalasPadam