Nuff Head

15 September 2010

Masyarakat Bidayuh suarakan sokongan padu terhadap Taib


BIDAYUH MASIH PERLUKAN TAIB: Stephen (duduk, kanan)  dan Robert (duduk, kiri) menunjukkan kenyataan sokongan kepimpinan Taib, daripada hasil perjumpaan dengan ketua-ketua kaum Bidayuh di ibu pejabat DBNA, di Kuching semalam


KUCHING: Kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri masih amat diperlukan terutamanya bagi kaum Bidayuh demi mencapai masyarakat maju dan membangun pada masa hadapan. 

Sokongan daripada ketua-ketua kaum Bida-yuh itu disuarakan ketua masyarakat Bidayuh bahagian Kuching, Temenggong Datu Stephen Jussem dan Bahagian Samarahan Temenggong Robert Sulis Ridu, yang mewakili ketua-ketua masyarakat Bidayuh di peringkat akar umbi.  

“Pendirian kami amat jelas. Kami mahu beliau (Taib) terus menjadi Ketua Menteri memandangkan beberapa projek penting telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan untuk membawa perubahan besar seperti yang dirancang oleh beliau dan kabinetnya untuk mengubah Sarawak,” kata Stephen.

Terdahulu, Stephen, Robert  dan ketua-ketua masyarakat Bidayuh yang lain terdiri daripada pemanca dan penghulu mengadakan perjumpaan di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) berhubung sokongan mereka itu selaku mewakili masyarakat Bidayuh keseluruhannya.  

“Kepimpinan Taib yang dinamik selama 29 tahun dan khidmat baktinya adalah cemerlang. Beliau harus dibenarkan meneruskan kepimpinan selagi termampu,” tegas Stephen lagi.

Stephen turut menjelaskan bahawa sokongan tersebut tidak bermaksud Barisan Nasional (BN) tidak ada lagi pemimpin yang berkemampuan untuk mengemudikan negeri.

Ujarnya, terdapat beberapa pemimpin yang berwibawa dan mereka diharapkan memahami keadaan sekarang dengan fasa pembangunan kritikal dalam gelombang kedua.

“Ini terutamanya di kawasan-kawasan Bidayuh seperti Bau, Lundu, bahagian-bahagian terpencil di Kuching, Serian dan Samarahan di mana rakyat amat memerlukan pembangunan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan masih banyak program pembangunan yang masih memerlukan perhatian Taib, dengan wawasan dan kepimpinannya yang unik dan dinamik yang dapat me-nyatukan semua kaum di Sarawak. 

“Kami tidak mahu melihat bahtera ini digugat serta kestabilan politik, keamanan, keharmonian dan perpaduan terganggu.  

“Kami merasakan beliau masih merupakan orang yang diperlukan Sarawak buat masa sekarang dan kami dengan ikhlas mendoakan kesejahteraan beliau,” katanya. 

mukapetang: Tidak hairan lagi kepimpinan Taib masih diperlukan dalam meredah halangan sebelum mencapai Wawasan 2020.  Fikirlah masak-masak apa akan terjadi sekiranya kita memilih undi yang salah.  

Hari ini mantan Perdana Menteri telah menyatakan pendapat beliau  mengenai apa yang telah terjadi di Singapura. Kononnya LeeKY menyatakan terdapat kebebasan dalam ekonomi dan politik yang dilihat di Singapura tetapi yang nampak cuma kepentingan dan kelebihan untuk orang Cina, golongan bumiputera Singapura (Melayu) hanya disisih di Paya Lebar.  
  
Sekiranya ada yang mencabar parti PAP  LeeKY, nescaya akan dihumban ke dalam penjara dan tidak akan dibenarkan memasuki parlimen bagi mewakili kawasan yang dimenangi.  Beginikah sistem yang kita idamkan daripada DAP yang jelasnya telah diwariskan oleh Lee KY kepada orang Cina untuk memajukan atau merampas semula keistimewaan bumiputera agar memberi laluan kepada mereka, orang Cina untuk mendominasikan ekonomi dan menyisihkan kaum Bumiputera.  

Baguslah ada juga yang sedar akan perangkap pihak pembangkang yang cuma mahu kepentingan mereka sahaja untuk dijaga seperti yang dituntut oleh DAP.  

Cuba kita lihat apa yang telah terjadi di Sibu.  Kononnya pihak pembangkang dapat menyelesaikan banjir dengan sekelip mata.  Seperti yang kita sedia maklum, isu banjir sering diwar-warkan on DAP di Bandar Sibu.  Namun sampai sekarang pun hujan yang turun akan menenggelamkan Sibu.

Belum lama menduduki kerusi Sibu, satu projek pun tidak betul melainkan dengan campur dan kerjasama kerajaan BN.  Pembangunan yang telah digaris terlebih dahulu oleh kerajaan BN, apa bila dilaksanakan maka seumpama peribahasa " Lembu punya susu, sapi dapat nama".  
 Beginilah Sibu yang dilanda banjir pada Ogos lepas.



Kerajaan Penang begitu bangga apabila banyak pelaburan dari luar negara masuk  melabur ke dalam Malaysia khususnya Penang.  Mereka begitu riak mengaku tanpa berfikir panjang lagi bahawa disebabkan merekalah maka pembangunan berlaku dengan pesat di Pulau Pinang.  Sebenarnya semua ini sudah termaktub di dalam RMK10.  Mereka cuma duduk dan cuci tangan tanpa memberi kredit kepada kerajaan pusat. 

Manakala kita lihat di Sibu pula, DAP Wong HL masih gagal menyelesaikan isu banjir yang menimpa Sibu.  Belum lama duduk kerusi dah nak tukar nama Sibu kepada Shin Wu.  Mungkin kalau DAP, ADIL dan PAS menguasai Sarawak nama negeri ini akan ditukar kepada "Purasinga".  

Mereka cuma pandai menyelesaikan masalah Anwar tetapi isu dan hal ehwal yang lain cuma dapat  diselesaikan dengan janji manis dan kelentong yang telah dipelajari daripada teman ADIL mereka.  
 
Bukan hanya penduduk Sibu terpedaya, kerajaan pusat pun hampir terpedaya apabila DAP mengeluarkan tender untuk membuat sistem pembentongan air bagi mengurangkan masalah Sibu.  Dahlah tipu rakyat, kerajaan pun nak ditipu dengan menghantar kertas tender yang penuh dengan penipuan semata-mata bagi mendapat projek tersebut.  

Semoga rakyat sedar akan padahnya sekiranya tersalah pilih.  Fikirlah masak-masak untuk mewariskan undi anda agar Sarawak sentiasa merdeka dan hasil buminya dapat dinikmati bersama untuk kepentingan semua warga bumiputera kenyalang!!!

1 ulasan:

  1. kah..kah..kah..Taib ni dah nak mati pun masih nak sokong. Malam-malam asyik nak kongken bini baru macamana nak kerja. Siang ambik mc sakit belakang.Kah..kah..kah..Bodoh punya orang. Tak sedar masyarakat sendiri miskin asyik kena tipu..Hidup datuk Taib..Dah mati pun kami akan undi kamu sehingga ke lubang tanah..kah..kah..Bodo.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...