Nuff Head

19 September 2010

Sejauh Mana Bangsa Campuran dikekalkan di Singapura

19 Sept 2010, Ahad
Gambar hiasan :Setahun yang lalu
Miri - Sempena lawatan kerja PM ke Singapura selama 2 hari bermula 19 Sept 2010, MP ingin meninjau semula situasi bangsa campuran yang telah digemburkan oleh MM Lee Kuan Yew.  
Lee Kuan Yew yang telah menjangkau 87 tahun


Seperti yang kita sedia maklum, PAP bertindak untuk keluar dari Malaysia disebabkan isu Malaysians Malaysia' tidak dapat diterima oleh pucuk pimpinan di bawah Allahyarham Tunku Abd Rahman.  Demi menjaga kesejahteraan negara maka Singapura berpecah dari Malaysia pada 1965.  Kononnya Singapuralah tempat untuk rakyat yang inginkan meritokrasi, kesamarataan dan kesempurnaan.  

Madam Halimah Yaacob Jurong GRC
Sungguhpun demikian begitu ramai bloggers yang tidak berpuas hati di atas kesamarataan ini.  Baru-baru ini laman web REACH ada memetik isu migrasi.  Madam Halimah Yaacob yang merupakan GRC Jurong telah mengajukan soalan di mana beliau tidak puas hati kerana kerajaan Singapura tidak berusaha untuk menarik kaum Melayu profesional dari luar negara untuk bekerja di Singapura.  Kebanyakan golongan yang diberikan kerakyatan merupakan orang Cina dari PRC China dan Taiwan.  

Wong Kan Seng
Menjawab soalan tersebut melalui akhbar The Strait Times, Timbalan Perdana Menteri Wong Kan Seng berkata bahawa kerajaan mereka tidak berniat untuk menarik mana-mana kumpulan etnik agar bekerja di Singapura kerana mereka memperuntukkan kesamarataan dalam sistem sekular yang diamalkan sejak dahulu lagi.  

Kalau dilihatkan, jelas orang politik pandai berbohong, sebenarnya kerakyatan Singapura cuma diberi kepada orang China dan Taiwan.  Memetik comment daripada bloggers Gopalan Nair, ada yang cuma perlu berkhidmat dalam National Service selama 2 tahun dan ini akan menjanjikan kad pengenalan merah jambu kepada semua ahli keluarga dari ibu, bapa hinggalah kepada isteri dan anaknya.   Foreign talent search lebih banyak diiklankan di negara China sahaja dan tidak ke negara lain.  Berikut adalah keratan gambar mengenai jawatan kosong di Singapura yang diiklankan di China.  

Iklan jawatan kosong di lawan web di China
Seperti yang sedia maklum, populasi di Singapura adalah majoritinya terdiri daripada kaum Cina iatu 70%-75% manakala kaum selebihnya ada Melayu dan India masing masing di dalam 10%-15%.  Singapura tidak begitu menitik berat mengenai kebebasan untuk beragama di mana orang Cina sendiri tidak boleh membakar kayu gaharu di rumah mereka dan orang Islam tidak boleh azan di surau atau masjid. 

Dasar politiknya amat berbeza di mana parti pembangkang akan digulingkan melalui isu bangkrap dan kebanyakan daripada mereka didenda sekiranya mempersoalkan tindak-tanduk kerajaan seperti Gopalan Nair sendiri.  Kes ini sering diutarakan oleh Amnesty International mengenai kebebasan untuk bersuara dan ketidak adilan dalam sistem di Singapura.  Ada juga bloggers yang mengecam akhbar barat yang menyiarkan isu diktator Singapura dalam akhbar suci mereka.

Dalam laman blog di Malaysia, ada juga bloggers yang mengesyorkan agar Pemuda UMNO untuk menghantar memorandum kepada Singapura dan memberi hak untuk kebebasan beragama di sana.  Ini untuk membantu golongan Melayu di Singapura yang juga merupakan saudara serumpun.  Mereka berharap jika berbuat demikian dengan memberi salinan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka nasib Melayu dan golongan minoriti di Singapura akan terbela. Memandangkan Singapura mula mencampuri isu politik di Malaysia, maka Malaysia hendaklah menyedarkan Singapura bahawa mereka patut fokus kepada isu dalaman sebelum mencampuri isu luar negara.  

Seperti yang kita sedia maklum bahawa DAP merupakan duri dalam daging sejak perpisahan Singapura - Malaysia. Malaysians Malaysia yang sekian lama tidak berkumandang kini kembali sejak PRU 2008.  Nampaknya isu perkauman begitu banyak dibangkit dan diutarakan oleh DAP seperti PAP yang menyalak kerajaan Malaysia sebelum ini.  Kalau mengikut perlaksanaannya maka sistem di Singapura hanya bertemakan komunis.  Tidak ada kelainan dalam sistem petempatan, di mana semua bangunan kelihatan sama seperti di China.  Pekerja mereka pun semuanya dari China.  Dari tukang sapu kepada pelayan restoran hinggalah ke gadis GRO.  Tidak ada sedikit peluang pun akan diberikan untuk memastikan ada bangsa campuran dan yang nyata kini memang jelas Singapura untuk Cina.  

Sekiranya rakyat masih tidak sedar, DAP merupakan anak tinggalan Lee Kuan Yew di Malaysia. Pada tahun 1965 di dalam bukunya beliau menyatakan ingatannya tetap jelas terhadap teman seperjuangannya yang ditinggalkan di Malaya seramai 4.5 juta orang.  Agenda mereka kini muncul semula dan tidak hairan juga Lim Guan Eng sering berkomunikasi dengan Lee Kuan Yew tentang cara untuk mengusir Melayu Penang supaya menjadi seperti Melayu Singapura.  Tepuk dada tanyalah selera.


2 ulasan:

  1. Pelanduk selalu melupakan jerat,tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk.

    pelanduk-orang Melayu
    jerat-dap/pap/cina

    BalasPadam
  2. Betul tu, jangan kita leka mari ingatkan rakan-rakan kita yang lain!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...