Nuff Head

19 September 2010

Masing: Isu Tanah NCR Tak Perlu Campur Tangan Pembangkang

Utusan Malaysia

KUCHING 17 Sept. 2010 - Kerajaan negeri tidak memerlukan campur tangan pihak luar terutamanya pembangkang mengenai bagaimana untuk menguruskan tanah hak adat bumiputera (NCR) di negeri ini.

Datuk Seri James Jemut Masing, Menteri Kemajuan Tanah


Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Seri James Jemut Masing berkata, kanun tanah negeri berhubung pemerolehan tanah NCR adalah jelas dan tidak memerlukan sebarang campur tangan ataupun pandangan orang luar.

"Ada dua sebab mengapa tanah NCR perlu diambil iaitu pertamanya untuk dijadikan taman negara dan keduanya untuk dimajukan. Bagi tujuan itu, pemilik tanah NCR akan dibawa berunding dan dibayar pampasan sewajarnya," kata beliau di sini semalam.  


Beliau memberitahu, untuk memperolehi tanah NCR bagi dijadikan taman negara, kerajaan biasanya mengadakan dialog dengan pemilik tanah sebelum persetujuan dicapai.  

Perkara yang sama berlaku apabila kerajaan mengambil tanah untuk dimajukan di mana urusan tersebut adalah tertakluk di bawah Seksyen 47 dan pemilik diberi pampasan penuh," jelas beliau lagi.  

Masing mengulas lagi bahawa masih terdapat pertikaian yang timbul akibat kekeliruan  mengenai pemilikan tanah sama ada milik kerajaan atau di bawah NCR.  Katanya lagi, jika terdapat pertikaian kerajaan tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya dan rakyat boleh membawa pertikaian itu ke mahkamah untuk mencari kebenaran.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berhubung pengambilan tanah di Ulu Sebuyau baru-baru ini.  Tanah tersebut bagaimanapun diberikan semula kepada pemiliknya biarpun telah diwartakan sebagai taman negara setelah diselesaikan di luar mahkamah.  

Masing menjelaskan, kes itu merupakan kes yang terpencil.  Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.  Ini kerana katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira ia kumpulan majoriti atau minoriti.

"Sistem kerajaan BN tidak dapat dinafikan telah mewakili semua kaum di negara ini," katanya lagi. 

mukapetang:  Masing begitu lantas menjawab kenyataan Zaid.  Tindakan seperti ini adalah wajar bagi mengelak kekeliruan dalam kes NCR yang sensitif ini.  Pihak pembangkang akan menggunakan isu sedemikian bagi meraih undi simpati rakyat.  Ini adalah strategi lama pembangkang yang hanya memerlukan simpati daripada rakyat.  Apabila tamat pilihanraya kelak sekiranya mereka ini terpilih nescaya jawapan yang sama akan diberikan iaitu tidak memiliki masa yang cukup untuk mengkaji isu tanah NCR. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...