September 25, 2010, Saturday
MIRI: Kerajaan persekutuan bersetuju kerajaan negeri mengambil alih Empangan Hidroelektrik Bakun untuk menjana keperluan tenaga di negeri ini. Tanpa menyatakan tarikh dan juga kos sebenar, ia diberitahu oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin sebelum sesi bertemu rakyat di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), semalam.
Lokasi Empangan Hidroelektrik Bakun |
“Projek Bakun yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan akan dibeli dan diambil alih oleh kerajaan negeri melalui Sarawak Energy Berhad,” katanya. Bagaimanapun, katanya kos pembelian hanya merangkumi kos pembinaan dan ia langsung tidak bermotifkan keuntungan.
Pada masa sama, Chin menyatakan bahawa projek cadangan kabel dasar laut yang dikatakan akan menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia tidak akan dibuat dalam masa terdekat.
“Kabel untuk menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia tidak akan dipasang dalam masa terdekat. Bagaimanapun saya tidak menafikan jika ia akan dilaksanakan pada masa akan datang,” ujar Chin.
Ini bermakna, katanya ia bergantung kepada kecukupan tenaga di Sarawak sendiri dan projek berkenaan (pemasangan kabel dasar laut) tidak akan dilaksanakan sebelum lebihan penggunaan tenaga berlaku di negeri ini. Oleh sebab itu, kementeriannya terpaksa membuat dua lagi stesen jana kuasa arang batu yang setiap satunya dijangka menghasilkan 1,000 megawatt (MW) di Semenanjung Malaysia yang telah dikonsesikan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Sebuah stesen jana kuasa arang batu telah dikenal pasti di Manjung, Perak manakala sebuah lagi lokasinya belum dikenal pasti,” tambahnya.
Projek Empangan Hidroelektrik Bakun bermula pada 1996 dan mempunyai binaan konkrit berketinggian 215 meter, difahamkan berupaya menjana lapan turbin yang akan menghasilkan 2,400 MW.
mukapetang: Dengan adanya Bakun Sarawak dapat menjana lebih banyak tenaga untuk tujuan pembangunan dan perindustrian. Rakyat tidak perlu bimbang dengan masalah kekurangan bekalan elektrik. Dengan Barisan Nasional tariff elektrik akan sentiasa disesuaikan dengan pendapatan rakyat, sekiranya kerajaan Barisan Nasional tidak memerintah Sarawak maka tarif elektrik dan air akan dinaikkan seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Penang sekarang.
0 ulasan:
Catat Ulasan