KANOWIT (Sarawak), 18 Sept (Bernama) -- Sarawak menyambut baik komitmen kerajaan persekutuan untuk membangunkan prasarana teknologi komunikasi maklumat di negeri ini, kata Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari |
Beliau berkata langkah itu semestinya petanda yang baik bagi generasi muda memandangkan mereka akan lebih mahir menggunakan komputer selain dapat memperluaskan pengetahuan.
Abang Johari berada di sini untuk mengiringi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng melancarkan perlumbaan perahu dan bot berkuasa tinggi selama dua hari di Sungai Rajang sempena festival tahunan Kanowit dan sambutan bulan Merdeka.
Pada Jumaat pula, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata 500 Kampung WiFi dan 100 projek pusat Kampung WiFi akan dibuka di seluruh negeri ini mulai bulan depan.
Beliau juga berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK) akan turut mendirikan 231 menara komunikasi baru bagi melengkapkan 161 yang sedia ada dan dimiliki oleh syarikat komunikasi.
Rais, ketika melancarkan projek Kampung WiFi kedua negeri ini di rumah panjang Rh Guntol di Nanga Bekiok, Merurun, di pedalaman daerah Julau, berkata kira-kira dua tahun dari sekarang, Sarawak akan mempunyai satu daripada sistem terbaik dan terpantas di negara ini.
-- BERNAMA
mukapetang: ICT dan pembangunan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya menjadi realiti golongan ICT yang celik IT akan meningkat di Sarawak. Ini dapat menjamin lonjakan ekonomi di kawasan yang pesat dengan kemahiran dan celik IT. Seperti yang kita sedia maklum, banyak ilmu boleh dimuat turun daripada jaringan web. eBuku, lawan web dan laman blog tidak kurang begitu banyak dicipta setiap hari untuk memenuhi berbagai-bagai selera dengan ciri-ciri keunikannanya yang tersendiri. Diharap kita akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing dengan adanya prasarana yang disediakan oleh kerajaan pusat.
0 ulasan:
Catat Ulasan