Nuff Head

25 September 2010

JASA diserang - Dayakbaru.com Mengamuk

Rabu, 21 Sept 2010

Kuching - JASA menjadi mangsa apabila dayakbaru.com mengamuk.  Datuk Fuad hinggalah kepada kerajaan BN dikecam oleh dayakbaru.  Kononnya JASA menjadi talibarut politik dalam menjaga Hal Ehwal Khas kerajaan. Di sini disertakan maklumat mengenai JASA supaya dayakbaru.com dapat membuka mata mereka. 


Dato` Fuad bin Tan Sri Hassan
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)


Latarbelakang
 


JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah ditubuhkan pada tahun 1960.  Jabatan ini bermula dari Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK) bertujuan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik dan kerajaan perikatan.  Ia juga betanggungjawab untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti serta tepat dan jelas dari segi siasah dan agama.  Bukan itu sahaja, mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan maklum balas, menyediakan bahan penerbitan dari segi multimedia makluma.  Selain daripada itu, mereka ada menyediakan khidmat kepakaran komunikasi bersemuka kepada masyarakat.  Mampu memberi khidmat sokongan yang berkualiti dari aspek kewangan dan sumber manusia.  Dalam erti kata lain, mereka bertindak di atas prinsip 'Kebenaran Terserlah Negara Gemilang'.  

Visi

Adalah menjadi visi utama JASA untuk menjadi Jabatan yang unggul dalam mempertingkatkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui gagasan 1Malaysia berteraskan prinsip Rukun Negara.

Misi

Misi JASA adalah untuk memperkukuhkan kestabilan politik negara dengan mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan melalui gagasan 1Malaysia.  Di samping itu JASA juga mendorong dan memimpin pendapat positif rakyat terhadap kerajaan melalui pendekatan yang bersepadu.  Misi JASA juga adalah untuk menjadi perantara hubungan timbalbalik di antara kerajaan dan rakyat sama ada di dalam atau di luar negara.  JASA jugq memastikan peningkatan perpaduan dan keharmonian rakyat berteraskan Rukun Negara. 

Moto

Moto JASA adalah "Memimpin Pendapat Rakyat ke arah menyokong kerajaan 1Malaysia. 



Fungsi Agensi

JASA juga memainkan peranan dalam mengatur rancangan dan melaksanakan strategi program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin negara.  Mereka berfungsi untuk menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat.  Di kalangan rakyat pula, JASA bertanggungjawab untuk menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama.  Fungsi lain JASA adalah sebagai penganalisa pola dan sikap pengundi sebelum dan sesudah pilihanraya.  Mereka inilah yang memainkan peranan dalam menjalankan kajian penyelidikan dan membuat laporan mengenai isu-isu sosio politik dan agama semasa.  JASA juga mengenalpasti dan memantau setiap isu yang bakal menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.  

Nilai-nilai Teras


JASA memiliki nilai-nilai teras berikut dalam mendukung visi mereka iaitu menegakkan kebenaran, berdisiplin, berilmu, amanah, setia pada negara dan budaya kerja berpasukan.

Etika Kerja


JASA bekerja untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.  Mereka berpegang teguh kepada nilai - nilai murni dalam melaksanakan tugas mereka.  Mereka juga berilmu, proaktif, kreatif dan inovatif.  Sentiasa memiliki akauntabiliti, integriti dan bersifat kolektif.  JASA berketerampilan, berdisiplin dan profesional dalam menjalankan kerja mereka.
 
Harapan


Harapan kami dengan penjelasan diatas maka pembaca mengetahui peranan JASA yang berat dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dalam gagasan 1Malaysia.  


Begitu prihatin kerajaan sehingga menubuhkan JASA yang penuh dengan tanggungjawab yang begitu 'khas' untuk memastikan perpaduan dan dapat memantau minda dan pendapat rakyat dengan lebih efektif.  Semoga JASA dan rakyat dapat bekerjasama dalam mengeratkan lagi persefahaman dalam 1Malaysia.  


Ada yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib mendapat inspirasi 1Malaysia apabila melawat Sarawak yang kaya dengan pelbagai budaya, kaum dan agama tetapi dapat hidup dalam harmoni dan sejahtera.  Inilah yang dimahukan oleh Perdana Menteri kita agar rakyat Malaysia hidup rukun damai dan mengekalkan perpaduan.  Bersatu teguh bercerai roboh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...