Pengundi DUN Galas Jangan Ulangi Kesilapan Undi PAS
PUTRAJAYA, 28 Sept (Bernama) -- Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini pada Selasa, beliau berkata ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob |
Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti yang pernah mereka lakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus di Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada PRU 2008, Allahyarham memenangi DUN itu menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang parti itu didalangi UMNO, beliau berkata pembangkang akan sentiasa menuding jari menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan sendiri.
"Apa saja yang berlaku bukan setakat kekecohan yang menggambarkan kelemahan sendiri, mereka mesti kata Umno terlibat. Inilah bezanya mereka dengan UMNO, mereka tak boleh terima hakikat kelemahan parti, peringkat cawangan pun tak boleh tadbir, baru memerintah dua tahun sudah kucar kacir," kata Ismail Sabri.
-- BERNAMA
mukapetang: Al Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima. Marilah saudara semua di Kelantan, marilah kita bersatu dalam Barisan Nasional. Sekiranya kita biarkan PAS berdiri kembali nescaya rugilah kita untuk menikmati kemajuan yang pesat dalam arus pembangunan ini. Sekiranya kita tidak memikirkan masa depan generasi yang akan datang silalah pilih PAS! Sebaliknya kita hendaklah memilih pembangunan untuk peninggalan kepada generasi yang seterusnya. Agar mereka dapat bersama mengecapi Wawasan dan juga 1Malaysia dalam pelan pembangunan yang telah disusunatur oleh kerajaan pusat.
0 ulasan:
Catat Ulasan