Azmin , Hadi Meraih Undi di Sarawak.
Ahad 19 Sept 2010
Ahad 19 Sept 2010
Miri - Azmin Ali yang bertanding merebut jawatan orang nombor 2 PKR kini berpuas hati selepas menghadiri perjumpaan dengan PKR Cawangan Sarawak. Dia dan Nurul Izzah turut menjadi tuan rumah acara ramah tamah Aidil Fitri di Grand Continental di Kuching sejak Khamis 16 September 2010. Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Dr. Mansur dan Zuraidah Kamaruddin
Azmin tiba di Sarawak pada petang Khamis 16 September 2010. Dia juga sempat menunaikan sembahyang Jumaat bersama dengan penduduk Kampung Semera sebelum bertolak ke Sibu setelah menghadiri perjumpaan PKR Cawangan Kuching Sarawak. Lawatan Azmin diakhiri di Rumah Ampuh Batu Niah setelah berjumpa dengan PKR Cawangan Bintulu dan Miri sebelum berangkat meninggalkan bumi kenyalang. Sekarang Azmin dengan jauhnya memecut meninggalkan Zaid dalam perebutan untuk orang nombor 2 dalam PKR.
Masjid Semera selepas menunaikan Solat Jumaat |
Dalam masa yang sama Jawatankuasa Penganjur UMNO Sarawak (JPUS), turut mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang bertempat di Saddad Court pada hari Malaysia 16 September 2010. Agenda yang diketengahkan adalah untuk memberitahu warga Satok bahawa JPUS mungkin akan menghantar seorang wakil bagi bertanding di seluruh kawasan di Sarawak, JPUS yang dikatakan memiliki 70 000 orang ahli sudah mula bergerak dengan giat sempena menyambut Hari Malaysia.
Gambar dari Rajahmas: Affendi Jeman (tengah) menyambut tetamu pada majlis ramah-tamah JPUS di Saddad Court |
Pihak PAS juga tidak ketinggalan dalam meraih hati penduduk Sarawak. Sungguhpun Hadi Awang pernah menyindir bahawa penduduk Batang Ai tidak molek berpakaian, cuma pakai cawat sehingga menyebabkan PAS jatuh di kawasan tersebut. Dia juga turut mengadakan rumah terbuka untuk menarik hati pengundi di Sarawak. Difahamkan Hadi Awang turut mengadakan rumah terbuka di Saddad Court pada malam tadi.
0 ulasan:
Catat Ulasan