Nuff Head

14 September 2010

Pendedahan Terbaru Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik



BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.
“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.
“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun. - myMetro

7 ulasan:

  1. Salam...

    Nang kejam sidaknya tok...

    Tapi ingatlah akan azab Allah kelak..

    BalasPadam
  2. Salam...antara jenayah paling kejam di abad ini yang menjadikan manusia semakin gila,sepatutnya hukuman yang bakal dijatuhkan seperti yang mereka lakukan..SEMBELIH SAMPAI MATI..

    BalasPadam
  3. Abd Razak,

    Dah nama orang kafir.. ney sidak ya takut azab Allah..

    BalasPadam
  4. Allah Maha Besar. Nantikanlah saja azab Allah di akhirat kelak. Kafir laknat akan disumbat ke dalam neraka jahanam.

    BalasPadam
  5. Salam, Abd Razak ,ug,AN dan tanpa Nama,

    ketakwaan ada kunci kejayaan batiniah(dunia dan akhirat). dalam sebuah hadith , Nabi S.a.w bersabda lebih kurang berbunyi "Perasaan takut merupakan sumber kebijaksanaan".
    bagi yang ingkar perintah Allah ,yakinkanlah bahawa Azab Allah amatlah pedih.

    Semoga Allah beri kita taufik dan hidayah untuk kita semua memahami , apakah hikmah disebalik peristiwa ini.

    BalasPadam
  6. Maka benarlah agaknya pepatah orang tua2, "Sepandai2 tupai melompat, ada masanya jatuh juga ke tanah". Mungkin suspek dah melakukan kerja sadis sedemikian dah banyak kali. Akhirnya kecundang jua.

    BalasPadam
  7. Selamat datang TEROPONGBUKITPENINJAU,

    Benar , Allah maha adil .

    Bagi keluarga Ustazah Norliza Ishak, Sosilawati & yg bersamanya Ahmad Kamil, Kamaruddin, Noorhisham diharap bersabar dan perbanyakkan amal ibadat yakinilah doa orang yang dizalimi adalah mustajab.

    Tragidi yang menimpa mereka ni mampu menyesakkan dada ramai rakyat Malaysia, mengenangkan kehidupan harian negara yang semakin uncertain..Semoga kita semua dalam peliharaan Allah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...