Nuff Head

24 September 2010

BN rasis ke PR yang rasis

Ahli-Ahli Parlimen dijangka membentang usul 'tergempar' di Parlimen apabila Dewan mula bersidang pada 11 Oktober seandainya kerajaan gagal bertindak terhadap 2 orang pengetua yang dituduh menuturkan perkataan rasis kepada para pelajar mereka. (Malaysiakini)

Semakin menjadi-jadi pula belang Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP itu. Sekalipun kes perkauman yang melibatkan kaum bukan Melayu jauh lebih banyak terutama dalam bidang ekonomi dan sosial yang lain, para pemimpin Pakatan Rakyat hanya nampak dua orang pengetua itu sahaja. Manakala soal yang lain, ORANG MELAYU perlu memaafkan dan perlu faham bahawa kaum-kaum pendatang di Malaysia ini KURANG FAHAM Bahasa Malaysia.

Kes terbaru, tiga orang anak Cina yang menyimbah cat merah ke atas sebuah surau. Dua orang Melayu yang melakukan vandalisme terhadap sebuah gereja, sudah pun dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. Manakala ketiga-tiga orang anak Cina itu, sedang dibicarakan dan ada usaha-usaha agar kes mereka digugurkan, manakala masyarakat Melayu yang berhadapan dengan kerenah bangang mereka, memaafkan, apatah lagi Melayu di kawasan berkenaan telah pun dirasuah dengan wang, pembersihan surau itu semula, dan berbuka puasa yang ditaja oleh masyarakat bukan Melayu di kawasan terbabit.

Mengapa agaknya para pemimpin Pakatan Rakyat tidak mahu mengusulkan agar ketiga-tiga anak Cina itu dikenakan tindakan undang-undang secepat mungkin. Mengapa mereka tidak mahu membuat usul tergempar di Parlimen? Mengapa hanya berasa tidak senang hati dengan sikap 'rasis' kedua-dua pengetua yang dimaksudkan sekalipun salah seorang daripada mereka, sememangnya telah disahkan, telah difitnah oleh peguam dan bapa kepada salah seorang pelajar yang diketahui sangat memusuhi Melayu dan Islam menerusi pertubuhan yang disertainya, Hindraf.

Bagaimana dengan pemula kepada kes berkenaan iaitu Khalid Samad, Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan sekalian yang menyokong KALIMAH ALLAH dibenarkan guna oleh gereja, penerbitan makalah dan majalah mereka serta umat Kristian secara keseluruhannya di Malaysia? Bagaimana pula dengan gereja dan pembesar Kristian yang melanggar arahan KDN agar penerbitan mereka tidak menggunakan kalimah Allah?

Bagaimana pula dengan orang bukan Islam yang melemparkan daging, tulang dan kepala babi ke dalam kawasan masjid dan surau?

Mengapa perkataan 'RASIS' hanya dikenakan kepada Melayu? Bagaimana pula dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Jeffrey Oii, Teresa Kok, Gobalakrishnan dan sejumlah besar pemimpin Pakatan Rakyat yang jelas cuba menimbulkan kemarahan orang Melayu apabila mereka DENGAN SENGAJA mengusik Perkara 153 sekalipun mereka sangat tahu tentang natijahnya?

Tun Mahathir sebenarnya tidak perlu menyuarakan tentang kebimbangan kehilangan kuasa dan suara Melayu, kerana tanpa dia bersuara pun, orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya sudah dapat melihat bagaimana Melayu kehilangan segala-galanya. Itu belum lagi Pakatan Rakyat memerintah negara ini. Keadaan sekarang ini berlaku ketika mereka baru sahaja menjadi pembangkang dalam satu saf.

Maka bayangkanlah keadaannya apabila mereka benar-benar menjadi pemerintah... Melayu bukan sahaja kehilangan suara dan kuasa, bahkan mereka akan kehilangan agama dan identiti agama serta bangsa mereka.
 
sumber flying kick.blogspot

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...