Nuff Head

15 September 2010

DAP Ekstrimis Kristian,Anti Islam

Pergerakan parti DAP seringkali disalah ertikan oleh ramai orang,malah beberapa tindakan mereka yang mempertikaikan Islam malah menghina turut ditutup oleh kejumudan prasangka yang berpaksai kepada ideologi keterbukaan .

Semua ini adalah anutan buat penyokong pakatan rakyat.Mereka lebih taksub dan memberikan sokongan membuta tuli tanpa usul periksa.Malah insiden membenarkan beberapa wakil rakyat DAP yang beragama Kristian memasuki masjid dan surau membuktikan pergerakan Kristian tidak mengenal sempadan.




Gerak kerja dan propaganda yang dimainkan oleh DAP sekarang ini ibarat umpan sudah mengena,kerana apa saja tindakan mereka pasti akan dihalalkan oleh pihak PAS diatas bantuan Nik Aziz.

Nik Aziz dilihat sebagai penyelamat kepada perjuangan sulit DAP,agenda mereka lebih kepada berdakwah ,mendampingi,mendekati dan yang terakhir berdakwah.

Dengan memberikan pelbagai sumbangan wang ringgit dan material pasti akan berjaya menambat hati sesiapa pun.Yang termakan umpan ini terdiri daripada penyokong melayu PAS dan PKR.

Lim Guan Eng yang menjadi idola penyokong melayu pakatan di Pulau Pinang sebenarnya adalah seorang pengiat mubaligh kristian yang sangat kuat pengaruhnya.Hinggakan diberi gelaran Father Joseph oleh gereja St Anne di Pulau Pinang.Ini kerana Lim Guan Eng berperanan memberikan bantuan wang ringgit yang cukup banyak dalam pergerakan mubaligh kristian. Perkara ini gagal dilihat oleh umat Islam kerana ditutup oleh gula gula yang disampaikan disepanjang bulan ramadhan baru baru ini.

Lim Guan Eng beberapa kali pernah menghina Islam,beberapa blog pro BN pernah mendedahkan Islam dihina malah beliau secara berterus terang dan tegas menyatakan DAP tidak akan menyokong sama sekali perjuangan PAS yang mahukan Islam dan Hudud.

Pada 4 September 2010 di Sunway Pyramid Convention Center di Bandar Sunway,Program ini anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church bralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya. Program motivasi kristian yang bertajuk “Change Your World-You Make The Difference”

Blog ini mendedahkan sebelum ini program tersebut membuktikan DAP menerapkan ideologi mereka kedalam gereja gereja untuk membenci Islam . Hujah mereka setiap perjuangan DAP adalah demi Jesus.Demi mengembangkan syiar Kristian.

Banyak kempen kempen DAP dijalankan di gereja .Ceramah yang rasis dan politik benci disemai agar mereka yang mendengar membenci melayu dan Islam.

Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Ali-Imran ayat 28 menyatakan

“Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Siapa yang berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksaNya) dan hanya kepada Allah tempat kembali”

Semoga pemimpin-pemimpin Islam akan lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin pada masa akan datang. Berpeganglah kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...