September 19, 2010, Sunday
SELANGAU: Kawasan Sungai Tajam, Batang Oya, Stapang merupakan kawasan pertama di Sibu yang akan disukat di bawah insiatif baru tanah Adat Bumiputera (NCR). Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sibu, Christina Lau berkata, saiz kawasan Sungai Tajam yang bakal disukat selama sebulan bermula 20 September depan ialah kira-kira 229 hektar.
“Kawasan ini telah dipohon untuk penyukatan oleh penduduk di kawasan ini dan saya amat gembira kerana jabatan kini akhirnya dapat memenuhi permintaan penduduk di sini,” jelas beliau. Lau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Dialog Inisiatif Baru NCR dan Pengukuran Keliling Kawasan NCR yang berlangsung di Rumah Takin Jelaing, Nanga Tajam, Batang Oya, Stapang di sini semalam. Mengulas lebih lanjut, Lau memberitahu, dialog yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha jabatan untuk melibatkan komuniti di kawasan tersebut dalam insiatif baru NCR.
“Jabatan akan sentiasa berbincang dan mendapatkan pandangan daripada komuniti setempat dalam proses pelaksanaan inisiatif baru NCR,” ujarnya. Katanya lagi, komunikasi dari peringkat bawah ke atas amatlah ditekankan agar masyarakat setempat mempunyai peluang mengutarakan pandangan dan pendapat mereka.
Dalam memastikan inisiatif baru NCR ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, Lau menyeru kepada semua pemilik tanah untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak jabatan apabila kerjakerja penyukatan dijalankan bermula pada minggu depan.
“Salah satu cara ialah dengan membantu juruukur jabatan dalam mengenal pasti sempadan tanah NCR mereka. Ini akan membolehkan kerja-kerja penyukatan disiapkan dengan kadar segera,” jelas beliau.
Lau memberitahu, jabatan menyasarkan untuk menyiapkan kerja-kerja penyukatan di kawasan Sungai Tajam pada pertengahan bulan Oktober tahun ini.
“Jabatan berharap agar dengan adanya bantuan dan kerjasama daripada pemilik tanah, kerja-kerja penyukatan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya lagi. Tambah beliau, tanah yang telah disukat diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.
“Warta Seksyen 6 akan disimpan di Jabatan Tanah dan Survei serta di Pejabat Daerah dan sesalinan diberikan kepada tuai rumah sebagai bukti yang kawasan Sungai Tajam telah disukat dan telah menjadi hak milik sah kepada komuniti di sini. Hak ke atas tanah NCR yang diwartakan akan ditadbir oleh undang-undang adat kaum masing-masing,” ujar Lau.
Dalam erti kata lain, Lau berkata, perkara-perkara yang berkaitan dengan perolehan, pindah milik dan transmisi hak dan keistimewaan ke atas tanah, bangunan atau struktur yang didirikan di atasnya adalah tertakluk kepada undangundang adat kaum tersebut.
“Selain daripada itu, pemilik tanah akan mengetahui sekiranya wujud pencerobohan ke atas tanah mereka kerana sempadan tanah akan jelas diketahui selepas penyukatan diselesaikan,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Lau memberitahu, penyukatan tanah NCR merupakan proses yang berterusan dan akan diteruskan sehingga ke penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu sehingga akhir tahun 2015.
“Kawasan-kawasan lain di Sibu juga bakal disukat di bawah inisiatif baru NCR. Matlamat utama inisiatif baru ini adalah untuk memastikan semua tanah NCR di negeri. Sarawak disukat dan akhirnya dikeluarkan surat hak milik bertujuan memberi jaminan pemilikan tanah NCR dan seterusnya melindungi hak pemilik tanah NCR di negeri ini,” jelas beliau.
Majlis penutupan sesi dialog itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh.
mukapetang: Sekiranya bermuafakat pastilah membawa berkat, itulah hasil yang diperolehi berkat kesabaran dalam menuntut hak NCR. Harapan MP selepas ini tiadalah lagi timbul isu bingit mengenai tanah NCR. Seperti kata CM isu ini memang ditangani dalam Kerajaan BN sekarang ini. 20 September 2010 bermulalah pengendalian tuntutan NCR dan semua akan mendapat nikmat yang setara dan yang sepatutnya.
SELANGAU: Kawasan Sungai Tajam, Batang Oya, Stapang merupakan kawasan pertama di Sibu yang akan disukat di bawah insiatif baru tanah Adat Bumiputera (NCR). Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sibu, Christina Lau berkata, saiz kawasan Sungai Tajam yang bakal disukat selama sebulan bermula 20 September depan ialah kira-kira 229 hektar.
Sungai Tajam |
“Jabatan akan sentiasa berbincang dan mendapatkan pandangan daripada komuniti setempat dalam proses pelaksanaan inisiatif baru NCR,” ujarnya. Katanya lagi, komunikasi dari peringkat bawah ke atas amatlah ditekankan agar masyarakat setempat mempunyai peluang mengutarakan pandangan dan pendapat mereka.
Dalam memastikan inisiatif baru NCR ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, Lau menyeru kepada semua pemilik tanah untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak jabatan apabila kerjakerja penyukatan dijalankan bermula pada minggu depan.
“Salah satu cara ialah dengan membantu juruukur jabatan dalam mengenal pasti sempadan tanah NCR mereka. Ini akan membolehkan kerja-kerja penyukatan disiapkan dengan kadar segera,” jelas beliau.
Lau memberitahu, jabatan menyasarkan untuk menyiapkan kerja-kerja penyukatan di kawasan Sungai Tajam pada pertengahan bulan Oktober tahun ini.
“Jabatan berharap agar dengan adanya bantuan dan kerjasama daripada pemilik tanah, kerja-kerja penyukatan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya lagi. Tambah beliau, tanah yang telah disukat diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.
“Warta Seksyen 6 akan disimpan di Jabatan Tanah dan Survei serta di Pejabat Daerah dan sesalinan diberikan kepada tuai rumah sebagai bukti yang kawasan Sungai Tajam telah disukat dan telah menjadi hak milik sah kepada komuniti di sini. Hak ke atas tanah NCR yang diwartakan akan ditadbir oleh undang-undang adat kaum masing-masing,” ujar Lau.
Dalam erti kata lain, Lau berkata, perkara-perkara yang berkaitan dengan perolehan, pindah milik dan transmisi hak dan keistimewaan ke atas tanah, bangunan atau struktur yang didirikan di atasnya adalah tertakluk kepada undangundang adat kaum tersebut.
“Selain daripada itu, pemilik tanah akan mengetahui sekiranya wujud pencerobohan ke atas tanah mereka kerana sempadan tanah akan jelas diketahui selepas penyukatan diselesaikan,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Lau memberitahu, penyukatan tanah NCR merupakan proses yang berterusan dan akan diteruskan sehingga ke penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu sehingga akhir tahun 2015.
“Kawasan-kawasan lain di Sibu juga bakal disukat di bawah inisiatif baru NCR. Matlamat utama inisiatif baru ini adalah untuk memastikan semua tanah NCR di negeri. Sarawak disukat dan akhirnya dikeluarkan surat hak milik bertujuan memberi jaminan pemilikan tanah NCR dan seterusnya melindungi hak pemilik tanah NCR di negeri ini,” jelas beliau.
Majlis penutupan sesi dialog itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh.
mukapetang: Sekiranya bermuafakat pastilah membawa berkat, itulah hasil yang diperolehi berkat kesabaran dalam menuntut hak NCR. Harapan MP selepas ini tiadalah lagi timbul isu bingit mengenai tanah NCR. Seperti kata CM isu ini memang ditangani dalam Kerajaan BN sekarang ini. 20 September 2010 bermulalah pengendalian tuntutan NCR dan semua akan mendapat nikmat yang setara dan yang sepatutnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan