Sandiwara demokrasi dalam PKR semakin jelas definisinya, bila satu demi satu mahu keluar parti. semuanya atas alasan tidak puas hati dengan kepimpinan atau alasan klasik yang lebih sentimental.
Lelah saja Bang Nuar berteriak dan berbohong disana-sini mengatakan PKR adalah parti yang sangat demokrasi. Tok guru PAS juga hampir terkena asthma kerana berceramah dan berdemontrasi dijalan raya. demi membuktikan Pakatan Rakyat sungguh demokrasi. DAP hampir hilang suara, berteriak seperti kanak-kanak kerana mahu tonjolkan demokrasi ala Bang Nuar.
Mengapa harus tidak puas hati? Bukankah, perjuangan PKR hanya untuk membantu Bang Nuar mencapai cita-cita peribadi menjadi perdana menteri. Bukan tujuan lain wahai pakcik-pakcik!!! Mungkin ahli PKR sudah lupa tujuan perjuangan mereka???
Kalau pakcik-pakcik PKR sudah lupa, Elok juga bertanya pada Datuk Nalla, Ezam Nor atau Zahid Muhd Arip. Mereka ini ada petua dan tips and trick.
Silakan membaca berita dibawah sementara menunggu PKR pusat menafikan. Dasar lidah bercabang!!!
BALING, 29 Sept (Bernama) -- Sekumpulan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka.
Setiausaha PKR cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti.
Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 Sept lalu.
"Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu di sini pada Rabu.
Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti.
Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan