“Dan perintahkanlah keluargamu(dan umatmu) mengerjakan solah dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya . Kami tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepada kamu . Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”
(Taha :132)
Ada banyak hadith yang memberitahu bahawa apabila Rasulullah s.a.w menasihati seseorang keluar
daripada kesempitan hidup ,
Baginda s.a.w akan menekankan tentang solah dan membaca ayat tersebut di atas .
Ini menunjukkan kemurahan rezeki bergantung kepada kesungguhan mengerjakan solah :
Para Ulama menulis bahawa dalam ayat ini , perintah supaya menyuruh ahli keluarga mendirikan solah disertakan perintah supaya tekun bersabar mengerjakannya adalah cara sedemikian itu lebih bermanafaat.
Sekiranya dakwah dilakukan di samping bersungguh-sungguh mengamalkan segala yang disampaikan maka menyebabkan orang lain lebih terkesan serta lebih mengambil berat untuk mengamalnya . Oleh itu para Nabi diutus sebagai petunjuk dan contoh teladan secara amali kepada manusia , supaya mudah untuk manusia beramal tanpa kekeliruan bahawa satu-satu perintah Allah itu adalah susah untuk diamalkan.
Hikmah dijanjikan rezeki (selepas perintah mendirikan solah) dalam ayat di atas adalah kerana dengan menjaga solah ,
kadang-kadang pada zahirnya menyebabkan kerugian dalam pendapatan ,
khususnya kepada peniaga , pekerja dan seumpamanya.
Oleh kerana itu , andaian itu disangkal oleh Allah dengan mengatakan bahawa ,
‘ Kami yang memberi rezeki kepadamu.’
Kenyataan ini semua berkaitan dengan hal-hal keduniaan.
Selepas itu , sebagai sesuatu peraturan yang jelas dan menyeluruh ,
Allah menyatakan bahawa kesudahan yang baik (di akhirat ) hanya untuk orang yang bertakwa,
tiada sesiapa pun yang dapat berkongsi kesudahan yang baik itu dengan mereka.
Semoga saya mampu mengamal apa yang saya sampaikan.
Salam...
BalasPadamBuktinya kasih sayang Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan melaksanakan solat dengan tekun dan khusyuk menjauhkan kita dari kemungkaran, meninggikan derajat kita, membezakan kita orang Islam dengan orang kuffur dan menegakkan tiang agama.
salam..apabila rasa bersalah dlm melakukan maksiat..itu petanda Allah masih mengasihani kita
BalasPadamSalam...
BalasPadamAlhamdulillah tazkirah yang sangat baik... bagi saya kesempitan di sini bukan saja bermaksud dari segi wang ringgit dan harta, tapi juga mengeluarkan kita dari kesempitan hati yang sentiasa bercelaru...
WaAllahualam..