Jangan ditanya pada Anwar atau Nik Aziz, kerana apa saja yang dilakukan Kerajaan pasti tidak betul menurut sudut pandang mereka yang gila kuasa. Selain mahir berbohong dan berjanji mereka akan gelabah antara meminjam lidah biawak atau lidah sesumpah demi memutar-belit fikiran rakyat berbilang kaum.
Apakah Kerajaan rasis dan tidak membantu masyarakat berbilang kaum di negara ini? bagi yang tidak 'tolol' pasti mampu berfikir sendiri...
KULIM, 26 Sept (Bernama) -- Hampir 2,000 anggota masyarakat India yang menghadapi pelbagai masalah, termasuk berkaitan sijil kelahiran dan bantuan kebajikan, membanjiri program "1Malaysia, Rakyat Didahulukan" di sini untuk menyelesaikan masalah masing-masing melalui urusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan.
Program sehari anjuran bersama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) untuk Kaum India dan MIC itu, yang berlangsung hingga lewat petang Sabtu, menerima kira-kira 1,760 aduan.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah masyarakat India dengan menyediakan kemudahan untuk mereka berurusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Tekun Nasional.
Pengerusi SITF Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata program itu bertindak sebagai pusat sehenti untuk membolehkan masyarakat India berurusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan.
"Ia memberi ruang kepada mereka untuk berurusan secara terus dengan jabatan berkenaan di mana mereka boleh berkomunikasi dan mendapat jawapan segera bagi soalan mereka, walaupun masalah mereka mungkin tidak dapat diselesaikan di situ juga," katanya kepada pemberita pada akhir program itu.
Anggota masyarakat India, termasuk dari luar kawasan ini, tiba di tapak program itu sejak pukul 8 pagi, manakala jabatan dan agensi kerajaan terbabit menyediakan khemah khas untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Dr Subramaniam berkata perkara lebih penting ialah jumlah kes yang berjaya diselesaikan dengan cepat dan baik, bukan jumlah mereka yang menghadiri program itu.
"Keutamaan kami sekarang ialah menyelesaikan masalah yang dikemukakan kepada kami secara kes demi kes. Kami akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata SITF akan membuat susulan tentang sesuatu kes dengan jabatan dan agensi berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Katanya program ketiga akan diadakan di Sepang, Selangor, bulan depan yang dijangka mendapat sambutan ramai. Program pertama di Ijok, Selangor, pada 15 Ogos, dihadiri 1,000 orang.
SITF ditubuhkan atas inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun ini sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kaum India yang beliau pengerusikan.
0 ulasan:
Catat Ulasan