Nuff Head

29 September 2010

JPUNS AKUI MEREKA TIDAK LAYAK MEMIMPIN SARAWAK

JPUNS AKUI KEPIMPINAN TAIB
28 September 2010

BINTULU - Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) mengakui kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah membawa pembangunan di negeri ini.  

Pengerusi JPUNS Affendi Jeman berkata, Ketua Menteri wajar dikagumi berikutan kesediaan untuk terus berkorban lagi bagi membolehkan rakyat Sarawak menikmati kemajuan.  

"Kepimpinan Pehin Sri memang jelas masih diperlukan. JPUNS tidak pernah menafikan sumbangan beliau malah mengkagumi semangat beliau.  Walaupun dalam usia yang lanjut (Taib) masih lagi mahu menabur jasa kepada rakyat dan inilah watak kepimpinan yang diperlukan. rakyat," katanya menerusi satu kenyataan semalam.  Taib katanya wajar terus menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri memandangkan para pemimpin Barisan Nasional memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi.

"Walaupun Pehin Sri pernah beberapa kali menyatakan hasrat untuk bersara. (para pemimpin negeri tetap menyokong Taib).  Mungkin mengakui mereka tidak layak untuk memimpin," katanya.

Sambil berkata rakyat masih memerlukan kepimpinan yang tegas serta berwibawa, Affendi memberitahu Taib merupakan pemimpin yang mempunyai perancangan yang jelas dalam membawa Sarawak ke arah negeri maju.  

"Rakyat mahu pemimpin yang lantang bersuara dalam memperjuangkan nasib rakyat bukan berpolitik untuk kedudukan dan kuasa disalahgunakan, " katanya.  

Perwatakan berikut menurut beliau terserlah dalam diri "Timbalan Menteri Sains, Teknologi  dan Inovasi Fadillah Yusof.  Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disifatkan Affendi sebagai seorang yang memiliki karisma dan tokoh untuk memimpin.  

"Bagaimanapun ini tidak bermakna JPUNS setuju dengan partinya (PBB).  JPUNS tegas memperjuangkan kemasukan UMNO ke Sarawak, katanya. 


mukapetang: Apa nak dikato dek orang muda ni?  Dalam banyak-banyak bunga yang dia nak cakap cuma 2 perkara yang aku faham. Carilah dalam artikel diatas kalau kamu semua faham apa yang dia merepek.  Kalau aku jadi wartawan mesti aku meluat kena ambil temuramah yang buang masa ini.  Dia sendiri pun mengakui tidak tahu memimpin.  Kalau UMNO masuk Sarawak dan orang ini bakal memimpin pasti dia lari jumpa Chong atau WongHL.  Kalau tidak dia cari LGE atau Nik.  Kononnya KJ yang sponsor mereka?  Orang yang sekejap yes sekejap no macam ni memanglah buang masa.  Kalau nak sangat ikut UMNO pergilah ke Malaya atau Sabah.  Itupun kalau mereka ini diterima?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...