Nuff Head

01 Oktober 2010

Nepotisme Dalam PKR

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Itulah jawapan Muhyiddin Yassin apabila diminta pandangan mengenai pengumuman Nurul Izzah Anwar untuk bertanding Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Apabila tiba pemilihan pucuk pimpinan parti politik baik UMNO, MCA atau MIC malahan PKR,PAS dan DAP pastinya akan mengamit perhatian rakyat untuk berbicara tentang kempen dan strategi calon-calon yang bakal bertanding. Ada juga yang mengikuti lebih dekat tentang visi, misi dan masa depan parti kesan daripada kemenangan seseorang calon itu untuk menduduki jawatan tertinggi parti.



Namun begitu laungan reformasi sudah jarang sekali kedengaran. Adakah setelah menguasai dan mentadbir 4 negeri sudah banyak reformasi yang dibuat di negeri tadbiran Pakatan Pembangkang? Setelah Pakatan pembangkang mentadbir 4 negeri tidak wujud langsung apa yang dikatakan sebagai kronisme atau nepotisme? Adakah agihan kerja-kerja pembangunan di negeri-negeri terbabit khususnya di Selangor mengenepikan sama sekali kronisme dan nepotisme? Projek-projek oleh kerajaan negeri diagihkan secara terus atau melalui tender terbuka tanpa campur tangan pemimpin-pemimpin politik?




Nepotisme yang diamalkan oleh keluarga Anwar sekarang lebih teruk daripada yang pernah berlaku dalam mana-mana parti politik di Malaysia. Anwar sebagai Ketua Umum PKR, Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan mutakhir ini Nurul Izzah menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden PKR. Bukankah ini yang ditentang oleh golongan reformasi dahulu iaitu nepotisme yang mementingkan kaum keluarga dan saudara mara baik memegang jawatan politik atau pengagihan kekayaan?


Apakah muslihat Anwar tidak mahu bertanding presiden PKR juga menjadi tanda tanya. Beliau lebih selesa menjadi ketua umum PKR sedangkan di dalam perlembagaan PKR sendiri pun tidak ada nama jawatan ketua umum yang disandang oleh Anwar itu? Anwar nampaknya tidak boleh tidak untuk menyokong Azmin yang beliau boleh percaya. Kesetiaan Azmin menjadi sandaran Anwar walaupun Azmin tidak pernah merengkok di dalam lokap atau penjara kerana Anwar.Kata Ezam Mohd Nor di Agenda daily, Dia ditahan 10 kali di dalam lokap polis termasuk dua kali di penjara berbanding Azmin yang tidak pernah ke penjara kerana Anwar. Nurul Izzah dan Wan Azizah sendiri tidak ‘berkenan’ dengan Azmin tetapi Anwar tetap mahukan kroninya Azmin memegang jawatan Timbalan Presiden.


Jadi siapakah yang menjadi penentu kepimpinan barisan PKR Pusat….Anwar kah? Ahli kah? UMNO kah? PAS kah, DAP kah?atau kroni-kronikah?.Selalunya pertandingan begini memerlukan wang untuk berkempen. Tentu ada penyumbang yang sponsor gerakan kempen calon-calon. Perjudian dan pertaruhan ini akan terbalas dan berbaloi jika calon yang diusung itu menang dan bakal mempunyai kuasa dan kedudukan.


Pastinya nanti selepas kemenangan calon-calon akan wujud kroni-kroni baru. Yang kalah akan terbuang dan tersisih. Ahli-ahli PKR harus bersuara agar amalan nepotisme dan kronisme ini dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan terutama sekali yang berkaitan pengaruh keluarga Anwar di di dalam PKR.

2 ulasan:

  1. biasalah 'parti mak bapak'..
    yang kita takut sekarang, Malaysia pulak yang jadi 'negara mak bapak'

    BalasPadam
  2. MB,
    dah salah satu dasar PKR,Parti ku hanya untu aku dan keluarga ku...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...