Nuff Head

01 Oktober 2010

Sarawak diperintah oleh pembangkang

Taib Mahmud Sifatkan Pembangkang Pembohong Besar

SIBU, 29 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan pembangkang sebagai pembohong besar kerana mendakwa mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat sekiranya memegang kuasa.

 

Bercakap pada majlis Aidilfitri, beliau berkata pembangkang lantang bersuara seolah-olah mereka mempunyai lampu ajaib Aladdin yang dapat menyelesaikan semua permasalahan sekelip mata.

"Mereka mendakwa berupaya menyelesaikan masalah banjir di bandar Sibu bila mereka berkuasa. Mereka malah menghasut masyarakat agar tidak mengundi kerajaan kerana gagal mengatasi masalah itu.


"Tetapi mereka hanya pembohong besar. Mereka tidak ada perancangan atau program langsung," katanya.


Sebaliknya, Taib berkata kerajaan secara senyap-senyap melaksanakan pelbagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut menerusi perbelanjaan hampir RM500 juta.


Bagaimanapun katanya, peruntukan yang terhad menyebabkan projek penebatan banjir itu dilakukan secara beransur-ansur.


"Tetapi jika masyarakat menyokong pembangkang pada pilihan raya, saya takut mereka akan memburukkan masalah.


Sementara itu, mengenai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Taib berkata projek itu boleh melonjakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di negara ini pada 2030.


"Tetapi untuk menjayakan semua ini, Sarawak harus bersedia daripada sekarang," katanya.


Taib berkata beliau telah bersedia untuk memimpin dan membimbing Sarawak ke arah itu tetapi rakyat juga harus bersedia untuk bekerja keras dan belajar untuk mengambil peluang daripadanya.


Beliau berkata penduduk negeri itu dijangka mencapai 4.5 juta orang menjelang 2030 tetapi mereka akan menjadi masyarakat berpendapatan tinggi dengan pendapatan tiga kali ganda atau lebih berbanding sekarang.


Menggariskan asas-asas persediaan, Taib berkata perkara pertama dan paling penting ialah mengutama dan mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai bangsa dalam apa juga keadaan.


"Kemudian kita akan memerlukan pemimpin yang berorientasikan masyarakat serta jujur selain mempunyai wawasan yang hebat untuk masa depan.


"Negeri juga harus melengkapkan tenaga kerjanya dengan kemahiran berteknologi tinggi dan pengetahuan yang sofistikated," kata beliau.


Taib juga mengingatkan rakyat, khususnya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa perjuangan untuk menjayakan SCORE adalah perjuangan bersama.


"Kita harus bersatu padu, mengekalkan disiplin dan paling penting bukan sekadar menjadi penonton atau pengulas, tetapi peserta yang aktif," katanya.


-- BERNAMA
 
mukapetang: Pembangkang tidak ada track rekod untuk mentadbir negeri dengan cekap.Pandanglah di Malaya, semua pentadbiran kucar-kacir.  Tidak payah melihat jauh pemilihan Cawangan dan Cabang pun tidak terurus.Sekiranya kita memilih pembangkang alamatnya mengalahkan Korea Utara. Semoga kita sedar akan akibatnya sekiranya pembangkang memerintah negeri ini kelak. Di harap tidak sampai ke situ.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...