Credit source: Borneo Post
DUN Sarawak
KUCHING: Usul untuk meminta kebenaran membentangkan Rang Undang-undang merupakan salah satu daripada empat usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong akan meminta kebenaran daripada DUN untuk membentangkan Reformasi Undang-undang Tanah (Pembaharuan Syarat Dokumen Pemilikan dan Pemerolehan) Ordinan 2010.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar memberitahu, ahli dewan biasa yang bukan merupakan menteri yang bertanggungjawab harus memohon kebenaran sebelum dapat membentangkan draf Rang Undang-undang Tanah tersebut.
Katanya, ia adalah sejajar dengan Perintah Am 45, sekarang di bawah Artikel 24 Konstituensi Negeri.
“Di bawah Perintah Am 45, sebelum seseorang ahli biasa dapat membentangkan Rang Undang-undang, mereka perlu meminta kebenaran daripada pihak dewan terlebih dahulu,” katanya selepas mesyuarat PraPersidangan DUN, di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.
Asfia yang juga ADUN Semop berkata, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan usul mengenai kesan negatif politik Semenanjung Malaysia di Sarawak.
Manakala ADUN Bukit Assek (Wong Ho Leng) akan membentangkan dua usul iaitu ‘Tanggungjawab Menteri dan Menteri Muda’ dan ‘Himpunan Kayu di Sungai Rajang’.
Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN bermula hari ini hingga 10 November ini.
Asfia berkata, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membentangkan Rang Undang-undang Bekalan 2010 (2011) hari ini.
Sebanyak tiga hari diperuntukkan bagi sesi perdebatan Rang Undang-undang Bekalan 2010 (2011) itu.
Hari kedua akan menyaksikan sesi soal jawab dan pembentangan empat usul.
Jumlah soalan yang sudah diterima adalah sebanyak 249, yang mana 34 daripadanya adalah secara bertulis dan 215 secara lisan, katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan