Belia sekarang diseru untuk memahami maksud sebenar kemerdekaan. Bukan setakat untuk melaungkan setiap kali tibanya 31 Ogos setiap tahun.
Jasa pemimpin terdahulu yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah hendaklah dihayati dengan sepenuh jiwa demi menanam rasa taat kepada pemimpin dan juga menyemai perasaan cintakan kemerdekaan dan setia kepada simbol kemerdekaan iaitu Jalur Gemilang yang berkibar dengan megahnya.
Hayati erti sebenar kemerdekaan
by Kelvin Lambai. Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu
TERUSKAN USAHA: Simoi (dua kiri) menyampaikan insentif pelajar cemerlang kepada salah seorang guru SK Maludam yang mewakili pelajar sekolah berkenaan sambil diperhatikan oleh Bakthiar (kanan) pada majlis tersebut.
SRI AMAN: Golongan muda hari ini diseru agar menghayati erti sebenar kemerdekaan, bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang serta melaung-laungkan perkataan ‘Merdeka!’
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, generasi muda juga tidak seharusnya lupa akan jasa para pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan negara ini daripada belenggu penjajah.
“Terdapat ramai golongan muda hari ini tidak begitu me-ngetahui sejarah kemerdekaan negara serta para pejuang yang telah banyak berkorban dalam memerdekakan negara kita.
“Bukan setakat itu sahaja, ramai generasi muda sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan perkataan ‘Merdeka!’ hanya untuk suka-suka tanpa menghayati maksud sebenar Hari Kemerdekaan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri 2012 di Dewan Sri Budiman, Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam dekat Betong kelmarin.
Simoi berkata, generasi muda seharusnya mengetahui sejarah negara dan mengenang jasa pemimpin terdahulu.
“Semangat cinta dan sayangkan tanah air juga harus ada da-lam diri kita sebagai rakyat Ma-laysia dan jangan sesekali kita mencemarkan Hari Kemerdekaan dengan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.
“Bukan mudah para pemimpin negara terdahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara dan sudah tiba masanya untuk kita mengenang kembali segala jasa mereka,” jelasnya.
Kata Simoi lagi, usaha untuk menyemai dan memupuk semangat waja dalam kalangan generasi muda amat perlu terutamanya bagi membangkitkan semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguhan dan ketekunan.
Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga Bakthiar Mathan, ketua-ketua jabatan serta ketua masyarakat.
Pada majlis berkenaan, Simoi turut menyampaikan insentif pelajar cemerlang kepada para pelajar SK Maludam
Betway Casino Review | Bonus Offer for Players
BalasPadamThe Betway welcome offer 스포츠분석 is bet365 우회 a generous way for online 넷마블 바카라 gamblers who wish to experience the most exciting gambling and entertainment in 슬롯 가입 쿠폰 Canada. 스포츠분석