Nuff Head

20 Februari 2011

WAJIB BACA: Sah! BN Sarawak pilih kasih?

Violet Yong - Tabung Pilihan raya

Terserah pada rakyat Sarawak, untuk percaya atau tidak? Saya tidak ghairah untuk menafikan kenyataan Violet Yong ADUN N.10 Pending (DAP) yang mendakwa Kerajaan negeri pilih kasih serta tidak mahu mengambil kaum Iban dan Cina bekerja di Sarawak.

Dalam video ini (KLIK DISINI)Violet Yong mendakwa, orang cina dan iban terpaksa berhijrah ke Johor mencari perkerjaan kerana kerajaan BN Sarawak tidak menerima mereka bekerja di negeri sendiri.

Bagi yang menilai dan meneliti dengan sewajarnya, dakwaan Violet Yong tidak lebih dari meludah ke muka sendiri. Violet Yong mungkin lupa, atau di serang ‘sindrom hujung lidah’ sehingga terlalu berani membuat tuduhan seperti itu.

Apakah Violet Yong tidak sedar siapa yang mensyaratkan kemahiran bahasa mandarin untuk mendapatkan suatu pekerjaan di Sarawak? Apakah itu kerajaan pimpinan Taib Mahmud atau syarikat peribadi Taib Mahmud, atau sebaliknya?

Rujuklah sendiri akbar-akbar utama di Sarawak. Siapa yang membuat iklan tawaran pekerjaan dengan syarat yang pilih kasih? Perkara ini mungkin agak jarang di semenanjung, tapi bebas dan berleluasa di negeri Sarawak. Ramai masyarakat bumiputra Sarawak yang mengeluh kerana syarat tersebut?


Agaknya Violet Yong terlalu ghairah dengan provokasi politik perkauman ala Pakatan Rakyat di Semenanjung. Mahu atau tidak, Violet Yong perlu mencontohi kesederhanaan Chong Chieng Jen yang lebih memahami sentiment politik Sarawak. Bukan meniru bulat-bulat cara berpolitik para ‘Khalifah Khawarij’ serta ‘Lebai-lebai kangkung’ dalam Pakatan Rakyat Semenanjung.

2 ulasan:

  1. bukan setakat kaum iban dan cina saja yang ramai berhijrah ke semenanjung untuk cari kerja. tolong jangan bawa budaya politik semenanjung malaysia ke sarawak la. aku puas tengok akhbar sarawak, kata blogger ni memang betul! nak kerja di sarawak kena tau bahasa mandarin! kebanyakan tapi bukan semua! DAP, tolong jangan cuba laga-lagakan kaum di sarawak! jangan cuba tanamkan sifat perkauman di sarawak! pkr pun sama! jangan api-apikan isu perkauman di sini! umno pun tak terkecuali! jangan bawak politik sempit ke sarawak!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...