Nuff Head

02 Februari 2011

Akhirnya, Saya sokong Baru Bian

Bukan kerana saya jatuh cinta dengan Baru Bian atau baru saja memeluk fahaman luar tabii. Jangan pula fikir saya seorang gay kerana tiba-tiba bersetuju dengan Baru Bian, Tapi inilah kebenaran yang harus difikirkan oleh seluruh ahli politik pembangkang dari semenanjung yang sedang bergentayangan dalam politik Sarawak,  khususnya PAS yang gemar menjadikan agama sebagai isu politik.

Baru Bian - Ketua PKR Sarawak
Oleh kerana Baru Bian orang yang taat dengan perintah agama, saya pasti beliau bersyukur dengan perpaduan serta persaudaraan dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Ketika temubual dengan Radio Free Sarawak, Baru Bian ditanya tentang scenario pilihan raya Tenang. Beliau mengatakan faktor kekalahan PAS adalah kerana isu agama dan perkauman yang dibesar-besarkan.

Baru Bian menegaskan, isu agama seperti itu tidak seharusnya dibawa ke Sarawak, kerana orang Sarawak sudah lama bersatu dan biasa makan semeja meskipun berbeda agama. Bahkan orang Sarawak yang berbeda agama sama-sama berjual makanan dalam satu premis. Masing-masing berjual kolok mee, bak kut teh dan mee jawa tanpa sebarang masalah atau halangan.

Jika Baru Bian sudah memahami keadaan ini, bagaimana pula dengan PAS yang terkenal dengan provokasi agama. Kafir mengkafir, maki hamun, bahkan istilah 'jahiliah' bukanlah suatu yang asing dari mulut ostat-ostat PAS.

Nik Aziz perlu berfikir berkali-kali jika ingin ke Sarawak pilihan raya nanti, ini bukah soal kalah atau menang. Tapi soal 'fatwa biadap' yang muncul dari mulut Nik Aziz setiap kali pilihan raya...

Apakah Nik Ajis ingin mengatakan orang Sarawak kafir serta jahiliah jika tidak mengundi PAS? Ayat  tersebut sangat sensitif bagi masyarakat berbilang kaum di Sarawak.


Rakyat Sarawak sentiasa bersaudara meskipun berbeda agama dan kepercayaan. Nik Aziz dan PAS perlu belajar erti perpaduan dari rakyat Sarawak, dan tidak perlu menginjakkan kaki di tanah Sarawak jika ada keinginan untuk menyebut perkataan kafir atau jahilliah...

p/s: GONG XI FA CHAI

2 ulasan:

  1. Kalau Nik Aziz bawak ajaran sesat dia ke Sarawak..., korang semua patut suruh pendekar-pendekar Sarawak bogelkan dia dan bawak pusing keliling negeri. Baru dia tau...Hahahaha..

    BalasPadam
  2. Tolong pautkan blog AYT sdr yg hebat ini. blog sdr telah dipautkan.tks

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...