Timbul juga persoalan yang ironi, ditengah-tengah laporan media tentang individu terkaya di Malaysia. "Kenapa Taib Mahmud tidak tersenarai?" kata mereka yang memerhati.
Sedangkan portal Sarawak report telah mengumumkan data-data yang kononnya boleh dipercayai, telus serta diiktiraf. Entah siapa yang mengiktiraf pembohongan Sarawak report? Bahkan admin Sarawak report tidak pernah berani menampilkan diri, sepertimana admin Wikileaks yang hebat itu.
Untuk menghitung kekayaan Taib Mahmud bukanlah melalui gaji beliau sebagai ketua menteri Sarawak, sebaliknya melalui keseluruhan aset peninggalan keluarga Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai.
Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai adalah pembesar kerajaan Brunei dan pemimpin masyarakat melanau Mukah pada kurun ke 19. Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib adalah anak kepada Mahmud, dan Mahmud adalah anak kepada Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai.
Suasana mungkin berbeda, setelah Mukah menjadi sebahagian dari negeri Sarawak pada tahun 1871, namun keluarga Pehin Orang Kaya Setia Raja tetap kaya dan ternama.
Pekan Mukah juga pernah dianggap tempat terkaya dalam sejarah Sarawak, berdasarkan kekuatan ekonomi dan aktiviti perniagaan masyarakat melanau pada waktu itu. Malah kawasan Mukah pernah jadi titik perebutan kuasa antara Rajah Brooke dan Kerajaan Brunei, semuanya atas alasan cukai yang tinggi yang diperolehi dari aktiviti ekonomi masyarakat setempat.
Ini cuma serba sedikit bukti kekayaan keluarga Taib Mahmud, dan memang tidak ada sesiapa yang mampu membuktikan kemiskinan keluarga ini. Apakah Sarawak report mampu membuktikan keluarga Taib Mahmud adalah orang miskin?
Ramai orang melanau berjaya kerana akademik dan cita-cita untuk maju, bukan kerana Taib Mahmud… orang melanau sanggup jadi buruh di kem pembalakan, dan jadi tukang bangunan bersama orang Indonesia, tapi tidak pernah menyalahkan kaum lain.
Apakah melanau hari ini mampu menonjol seperti dulu, hanya dengan berteriak ditepi jalan menghirup arak murah, dan berlagak seperti orang hilang akal sambil menikmati pil hayal? Lebih hayal lagi bila terpekik dengan slogan ‘reformasi’, tapi meremahkan peluang yang sudah didepan mata.
p/s: artikel ini dibayar 5 juta, mungkin ada pakar gosip PBB nak buat cerita ..
0 ulasan:
Catat Ulasan