06 Februari 2011
PKR di Taman Sukma
Semalam PKR dengan mulianya telah mengajak penduduk setempat Taman Sukma untuk menghayati Majlis penghayatan bersempena sambutan maulidul rasul 1432 hijrah.Majlis yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu di hadiri oleh ahli jawatankuasa PKR negeri Sarawak.Baru bian(apa ke benda dia ni hadir),Dominic Ng(Ni pun satu ,nak convert ke)Hani Hj Moksin(calon nak lawan YB Daud),Ahmad Nazib(calon nak lawan YB Abg Johari),Hj Husin Abang(calon nak lawan YB Wan Junaidi),Zulrusdi (calon nak lawan YB Fadilah) Ivy Unding(belum decided nak lawan sapa).Dari banner yang di gantung ceramah akan berkisar tentang perjuangan Nabi s.a.w.Renungan untuk kita berkenaan apa yang Nabi s.a.w telah korbankan untuk memastikan islam di sebar di seluruh pelusok dunia.
Pada mula majlis telah menjemput saudara Zulrusdi b Hj Mohamad untuk memulakan ceramah.Pelik tapi benar kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan(BBA hons) bercakap tentang perjuangan Nabi ,itu pada mula nya.Lepas tu corner baring 360 darjah.Mencaci,menfitnah Pehin Seri.Pehin koruplah,pehin kuku besilah dan macam-macam lagi.Patut kah ceramah Maulidur Rasul di campur aduk dengan ceramah politik.Apa tiada lagi ustaz di sekitar kawasan untuk memberi ceramah tanpa mengira fahaman politik.
Sama juga dengan penceramah berikutnya Hj Husin.Isu yang di bangkitkan lebih kepada isu-isu lapok.Manakala Hani Hj Muksin hanya membaca teks di sulami dengan lidah berbelit ketika salawat ke atas nabi junjungan Muhamad s.a.w.Ahmad Najib pula mengulangi apa yang di sebut oleh penceramah sebelumnya.
Mengikut perkiraan ki majlis ini lebih kepada memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding pada PRN akan datang.
1) Kehadiran pengunjung sekitar 800 lebih. Majoriti penduduk sekitar yg ingin tahu keadaan seperti pesta. Bilangan ahli PKR sendiri, anggaran saya kira-kira 3-4%.. Bilangan semakin bertambah bermula 300++ kepada 800++ apabila rombongan Anwar tiba.
2) Seperti yg kita ketahui, laungan reformasi hambar... cuma disambut tidak sampai 30 orang dalam khemah berhampiran restrum.
3) Tepukan pengunjung terhadap penceramah hanya meriah oleh penyokong sendiri dalam khemah sahaja. Selebihnya yang bersesak-sesak di belakang hanya memandang sahaja..
4) Ramai menempelak di belakang apabila YB Hanim tidak boleh menyebut Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan betul ketika ucapannya.
5) Pengunjung cuma bersorak apabila Anwar membuat cerita lawak.. cukup menghiburkan audience. Bila masuk bab politiknya, keadaan hambar.. segelintir menyokong, cuma mengiayakan apabila ditanya sipenceramah bertalu2..
Di akhir-akhir ceramah Anwar menyamakan pemerintahan Pehin Sri dengan Husni Mubarak presiden Mesir yang telah berkuasa selama 30 tahun.Menjadi pertanyaan ki adakah selama ini pemerintahan Pehin seri menekan rakyat.Adakah rakyat di tidakkan keadilan?Adakah peratus rakyat Sarawak miskin di tahap yang membimbangkan?Ternyata jawapan tersebut adalah TIDAK.
Untuk mengetahu lebih lanjut sila klik SINI dan SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam sejahtera...mohon izin artikel ini di muatkan dalam blog saya melayupasirgudang.blogspot.com sebagai bahan artikel
BalasPadam