Sebelum ini pernah ada desas-desus mengatakan PBB akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pula dengan parti komponen lain seperti SPDP,PRS dan SUPP?
Difahamkan parti komponen lain akan mengambil langkah yang sama, dengan menampilkan muka baru yang lebih bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerana beberapa ADUN parti komponen BN Sarawak cuba mengambil langkah bijak dengan menawarkan diri agar diganti dengan muka baru.
Setakat ini, PBB dan SUPP adalah yang paling pasti untuk menampilkan muka baru. Desas-desus di lapangan sedang rancak membayangkan beberapa pemimpin kanan dalam PBB dan SUPP akan memberi laluan kepada muka baru.
Pertemuan PM Najib dengan ADUN BN Sarawak di Miri minggu lalu, turut membayangkan beberapa ADUN yang meminta untuk tidak bertanding. Bahkan yang mengejutkan Perdana Menteri, bila tidak ada muka-muka yang cuba melobi untuk dicalonkan, sepertimana kebiasaannya.
Siapakah pemimpin yang tidak mahu dicalon? senarai tidak rasmi sudah berlegar di lapangan, termasuk nama-nama yang dominan dalam politik Sarawak.
Risik-risiklah di kedai kopi sambil menikmati Kolok mee, anda akan tahu siapakah mereka?
Risik-risiklah di kedai kopi sambil menikmati Kolok mee, anda akan tahu siapakah mereka?
Baca kutipan dibawah. (credit to Borneo Post)
p/s: Yang pasti, tidak ada yang sanggup meletupkan diri disebabkan ulasan ini. ahhh.. ‘super sensitif’!!!
Ada yang tidak bertanding
Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam
MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.
“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.
Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.
Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.
“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.
“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.
Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).
Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.
“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.
“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.
Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.
Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).
Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.
Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.
p/s: Yang pasti, tidak ada yang sanggup meletupkan diri disebabkan ulasan ini. ahhh.. ‘super sensitif’!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan