Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin |
Ketika semua pihak melihat isu ini dengan teliti kerana melibatkan soal keselamatan, puak-puak tersebut cukup ghairah menghasut dengan kabar angin dan fitnah.
SMS berbunyi... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya..", adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan untuk mengelirukan rakyat yang berada dalam kesulitan. Sedangkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan segala perbelanjaan dan tambang akan dibiayai sepenuhnya secara percuma.
Di Kuching timbul pula satu cerita, kononnya rakyat Sarawak di Mesir sengaja dianaktirikan oleh kerajaan. "Rakyat Sarawak di Mesir dikatakan bergerak sendiri tanpa sebarang bantuan, malah dikatakan sedang dalam tahanan untuk tempoh 1 bulan". Inilah usaha pihak tertentu agar kerajaan dilihat kejam dan pilih kasih, Bahkan dalam hal keselamatan rakyat, puak-puak ini sanggup berbohong dan memfitnah, apatah lagi kalau musim pilihan raya.
siapakah mereka ini? yang berjasa di jalan raya... |
Dengan berdoa saja dan berteriak di jalan raya, mereka berasa sudah cukup berjasa berbanding usaha kerajaan BN yang bersusah payah dengan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan rakyat kembali dengan selamat.
Baca kutipan ini, (Sebaran terkini dari blog MEDAN INFO KITA live dari Mesir)
Baca kutipan ini, (Sebaran terkini dari blog MEDAN INFO KITA live dari Mesir)
SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIROKetua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan special arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.
0 ulasan:
Catat Ulasan