Nuff Head

03 Februari 2011

Kenapa PAS Tidak Tolong Pelajar Mereka di Mesir?



 Menurut The Unspinners dan RBF, Mesir merupakan kilang PAS untuk melahirkan pelapis mereka.  Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.


Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.  


Tetapi kita kerajaan BN tidak kira bulu akan membantu rakyat kita yang susah walau di mana mereka berada.  Kalau kita lihat masalah banjir yang melanda baru-baru ini, golongan PAS dan PKR pilih bulu dan mementingkan orang parti mereka sahaja.  
Nasib baik, kerajaan BN lebih adil dari pihak pembangkang kalau tidak meranalah orang kampung kalau dapat tahu anak mereka dibiarkan untuk hidup bersendirian dalam keadaan politik yang tidak stabil di Mesir sekarang.  

Ikutilah sorotan nasib pelajar Malaysia di Mesir di blog di bawah

  1. The Unspinners
  2. RBF
  3. Melanau Blogger

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia Di Mesir Tiba Di Jeddah Tengah Malam




KOTA KINABALU, 3 Feb (Bernama) -- Dua penerbangan pertama -- Malaysia Airlines dan AirAsia -- membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.

"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir Jumaat pagi.

"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa.

"Itulah sebabnya pesawat ini hanya boleh memulakan perkhidmatan ulang-alik pada Jumaat. Keseluruhannya, tiga pesawat TUDM itu boleh membawa sehingga 750 penumpang," katanya.

Anifah berkata Kedutaan Malaysia di Mesir bekerja sepanjang masa untuk memastikan misi membawa pulang pelajar Malaysia dari negara bergolak itu berjalan lancar.

Beliau berkata keadaan adalah terkawal, terutamanya di kawasan berhampiran pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir, yang terletak jauh dari Tahrir Square, Kaherah, yang dilanda konflik itu.

Anifah berkata beliau akan memantau rapi keadaan semasa dan proses pemindahan rakyat Malaysia dari negara berkenaan.

-- BERNAMA

4 ulasan:

  1. tugas PAS bukannya menolong, cuma mengkritik, memfitnah dan berfatwa. tak lebih dari itu..

    BalasPadam
  2. pas = parti aku salah

    BalasPadam
  3. pas, cakp je lebih habuk pun tarak, pandai cari salah org,org lain sume masuk neraka die je masuk syurga....parti pecah belah org melayu...

    BalasPadam
  4. org2 BN sentiasa tbuka hati nk tlg rakyat....bkn mcm PAS, DAP< PKR lg tbuka ati nk hancurkan rakyat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...