Nuff Head

18 Februari 2011

Baru Bian mula ‘main belakang’


Tindakan Baru Bian mengatakan PKR akan bertanding di DUN Ngemah dianggap sebagai angkuh dan cuba ‘main belakang’ terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Baru Bian mendakwa sudah mengenalpasti calon PKR untuk DUN Ngemah.

Selaku ketua perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan SNAP serta parti komponen lain, sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Nampaknya Baru Bian seolah-olah sengaja menidakkan kemampuan SNAP yang lebih ‘dewasa’ tentang politik Sarawak.

Bahkan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, membayangkan suatu yang ‘kurang cocok’ dengan kenyataan Baru Bian. “Biarlah SNAP yang menyuarakan hasrat mereka bertanding di situ”, kata Wong Ho Leng.

Seorang penyokong SNAP berkata “Baru Bian semakin angkuh dan berlagak ketua, sehingga semuanya ditentukan PKR tanpa mengambilkira perjuangan sebenar Pakatan Rakyat dan sentiment rakyat Sarawak”.

Hubungan cinta antara SNAP dan PKR memang sudah lama bergeser, lantaran perselingkuhan antara SNAP dan parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim. Mungkin sebab itu, Baru Bian tidak duduk berbincang dengan SNAP terlebih dahulu. Hingga terpaksa ‘main belakang’ …


Jika inilah senarionya, PKR tidak sekadar berdepan dengan BN dalam pilihan raya negeri yang mendatang. Tapi terpaksa menentang SNAP, PCM dan PERSB?

1 ulasan:

  1. Salam .... kita harus ingat Baru Bian adalah Chief Minister Sarawak in making, yang akan ditabalkan oleh Anwar bin Ibrahim Al Juburi, selepas pilihan raya negeri ini nanti.

    Kalau PKR tak tanding banyak kerusi, mana boleh jadi CM, kalau parti SNAP boleh menang banyak kerusi dari PKR, tentunya Edwin Dundang Sayang boleh jadi Ketua Menteri Sarawak yang ke 3 bagi kaum Iban, bukannya Baru Bian dari kaum Murut/Lun Bawang dari Lawas!

    Tapi bolehkah Baru Bian menang lawan inkumben YB Nelson Balang Ringin di kampung halaman sendiri? wanredone percaya sudah tentu Baru Bian akan tersungkur buat kali ketiga dalam pilihan raya negeri kali ini. Bet, anyone?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...