gambar curi dari rumah sebelah...haha |
Beberapa media tempatan sebelum ini menerbitkan berita berkaitan kenyataan Datuk Daud yang agak kontroversi, sampai ada yang mengatakan Datuk Daud menuduh ‘ADUN berbohong depan perdana menteri’.
Laporan media tersebut bukan sahaja mengejutkan kalangan ahli dan pemimpin politik, malah menyebabkan Datuk Daud terpingga-pingga. Mana tidaknya, dari warung kopi sampai dunia maya mulai bergosip tentang “Datuk Daud tuduh ADUN pembohong”.
Saya cuba dapatkan maklumat melalui sumber yang terdekat dengan Datuk Daud, untuk dapatkan cerita sebenar, Manalah tau..., tiba-tiba Datuk ditiup 'angin celupar'.
Betulkah Datuk Daud ada mengunakan ayat “terdapat ADUN berbohong” dihadapan media?
Betulkah Datuk Daud ada mengunakan ayat “terdapat ADUN berbohong” dihadapan media?
Petang kelmarin saya diberitahu, kenyataan sebenar bukanlah seperti yang dilaporkan media, sebaliknya Datuk Daud cuma mengatakan “terdapat ADUN yang terlalu yakin dengan pencapaian masing-masing”. Selaku Naib Presiden PBB beliau menegaskan tidak pernah menyebut perkataan “ADUN BERBOHONG” ketika menjawab pertanyaan media.
Bagi media, judul ‘ADUN berbohong’ cukup kuat untuk menarik perhatian pembaca. Namun tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, ayat “ADUN Berbohong” hanyalah sekadar tafsiran media, bukan jawapan sebenar yang diberi oleh Datuk Daud.
Media mungkin berminat untuk ‘mengusik’ Datuk Daud dengan tafsiran tersebut, memandang pilihan raya negeri yang semakin hampir. Cuma bagi seorang pemimpin politik, tafsiran seperti itu agak nakal, bahkan boleh mencetus gesekkan lain di kalangan orang politik.
Apapun, itulah dunia seorang pemimpin dan tanggungjawab pihak media untuk melapor suatu berita. Bak kata orang Indonesia “berita sensasi adalah berita baik”. Yang diminati masyarakat umum…haha
p/s: bagi orang seperti saya, jawapannya cuma satu. “betullah tu… memang pun ada ADUN pembohong”.
Bagi saya tiada perbezaannya dengan kenyataan beliau sebelumnya....kalau dipantau beberapa kwsn dah tentu kita dpt menilai keupayaan dan pencapaian seseorang ADUN tersebut...berbohong atau tidak, itu dpt diterjemahkan dalam pembangunan di kawasan masing2...tepuk dada tanya selera....
BalasPadam