Nuff Head

07 Februari 2011

Najib Terkejut Setelah Berjumpa ADUN BN Sarawak

Perdana Menteri berasa terkejut apabila bertemu dengan ADUN BN Sarawak.  Beliau hairan tidak ada ADUN yang melobi untuk bertanding tetapi ada ADUN yang meminta pengesahan untuk tidak bertanding.  

Betapa rendah dirinya ADUN BN Sarawak kerana mereka sedar mereka dipilih oleh rakyat dan hanya Perdana Menteri yang layak menentukan sekiranya perkhidmatan mereka masih diperlukan?!!!  Semoga ADUN ini tidak mempersiakan amanat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!

Diharap Perdana Menteri kita akan membuat penilaian yang tulus setelah bertemu atau bersidang empat mata dengan ADUN di Sarawak.  Mereka inilah pilihan hati rakyat Sarawak dan mereka jugalah wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memberikan kegemilangan kepada Barisan Nasional!!. Sekiranya mereka bersara susahlah untuk mencari pengganti yang sesuai.  

Dari kiri ke kanan Datuk Dr James Masing (PRS), Tan Sri Dr. George Chan (SUPP),  Tan Sri Alfred Jabu (PBB) dan Datuk William Mawan (SPDP) fotoBERNAMA oleh ANUAR ISMAN
Ada yang tidak bertanding

by Sudan Ajang. Utusan Borneo Posted on February 7, 2011, Monday

Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.

Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.

Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.

“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.

“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.

“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.

“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.

Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.


BERNAMA


Posted using RockMelt 

3 ulasan:

  1. Kalau tak ada yang bertanding, suruh babi dan ayam je bertanding wakil BN. Gerenti menang. Sebab BN dah dalam DNA rakyat sarawak.

    BalasPadam
  2. KALAULAH ADUN BN KEDAH MACAM TU, AKU GERENTI BN DAPAT AMBIL BALIK

    BalasPadam
  3. ..najib terkejut kerana masih ada YB yang ego, riak dan tidak mahu mendengar pandangan masyarakat..malah ada yang mengaku masih popular walaupun orang dah bukan setakat benci..meluaaat! YB-YB jenis mcm ini bagus di pencenkan..harap najib buang jenis 'negarawan' ini!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...