Sebelum ini, terdapat pemimpin mengatakan ada ADUN yang sanggup berbohong dihadapan perdana menteri. Berita itu dianggap aneh bagai mereka yang biasa duduk di kerusi empuk, dan sekadar mendapat maklumat melalui tapisan-tapisan tertentu.
Tapi bagi rakyat bawahan seperti saya, kami 'tahu’ memang terdapat YB yang gemar berbohong dan penipu, cuma tidak tahu dimana nak melapor. Nak lapor pada penghulu? nak lapor pada tok mudin?
Itu cerita YB, belum lagi cerita di dunia maya antara blogger. memang wujud golongan yang berasa terlalu hebat untuk menuduh sesama sendiri, kerana menganggap orang lain semua tolol.
Oleh kerana mereka adalah orang PBB, maka mereka bebas membuat tuduhan, sama juga dalam hal menafikan keceluparan itu tadi. selepas ini, beramai-ramai akan membantu menafikan, (menafikan adalah budaya biasa, yang konon-kononnya membukti mereka cukup profesional).
Tuduhan kepada saya cukup menarik dan mengiurkan, mengatakan saya telah delete blog dan menukar password mereka. Anehnya mereka yang menuduh itu, mengaku sebagai pakar IT dan lebih hebat dari google. kononnya mampu restore mana-mana blog yang telah di remove oleh google dan recover password yang telah ditukar orang lain.
Inilah pertama kali dengar ‘pengakuan’ yang super hebat, ditambah lagi tuduhan yang cacamarba. Ohhh.. hebat!
Elok juga kalau blogger dari PBB memberitahu, blog manakah yang telah saya musnahkan? Mungkin orang kampung nak tahu.
Benar, saya memang sangat penakut orangnya. Apakah mereka cukup berani untuk mendedahkan hal ini?
Ini part 1, dan part 2 akan menyusul…
0 ulasan:
Catat Ulasan