Dalam kehangatan menunggu tarikh pilihanraya Sarawak di Kuching ,
Tidak lupa juga dalam kesibukan pembangkang menabur fitnah dan mencari publisiti murah sebelum pru Sarawak...
kami digemparkan dengan kes Polis Tangkap Polis , bukan seorang anggota tapi 13 orang...
Dalam kejadian 5.15 petang itu 13 orang anggota pelbagai pangkat PGA atau PPH telah diserbu oleh pasukan Polis dari Unit Pencegah kongsi gelap ,pejudian dan maksiat (D7) ketika mereka sedang leka bertaruh/bermain "HOLO".Sejumlah wang juga telah dirampas.
Pengesahan telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong melalui Bernama.
Memang bagi malu Polis 13 orang ni..Namun begitu..
Syabas PDRM ! siapa bersalah tetap bersalah tidak mengira siapa.
Undang-undang yang sebenar-benarnya tidak kebal kepada sesiapa juga, dinasehatkan kepada yang melaksanakan undang-undang tidak ada pileh kasih, amanah yang diberikankan laksanakanlah dengan mendukung kedaulatan undang-undang itu.
BalasPadam