Nuff Head

17 Februari 2011

Gambar : Banjir kilat di Bintulu

Talib (kanan) dan Pandi (dua kanan) menimba air di sebuah rumah apabila banjir mula surut.

 gambar ihsan Pandi Suhaili

credit to Borneo Post
BINTULU: Kampung Asyakirin Fasa I dan II dilanda banjir kilat malam kelmarin, selepas hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang Selasa menyebabkan ada beberapa rumah ditenggelami air sedalam tiga kaki.

Ketua Kampung Abu Bakar berkata, air mula naik dengan pantas kira-kira pada jam 7 malam.

“Ada yang tidak sempat meletakkan perabot di tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata, lebih 20 rumah terjejas akibat kejadian yang jarang berlaku.

“Jarang air naik setinggi ini. Ini kali pertama,” katanya.

Kejadian dipercayai akibat sistem perparitan tidak lancar. Bagaimanapun, air mula surut bermula jam 10 malam.

Bersimpati dengan insiden terbabit, Menteri Muda Pelancongan yang juga ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip melawat ke kawasan kejadian pada malam tersebut.

Beliau bersama Pandi dan Abu meninjau keadaan banjir di sekitar kampung tersebut.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...