Nuff Head

22 Februari 2011

KUTIPAN MENARIK : RM10’000 harga makan bersama Anwar.


Ingatkan hanya puak khawarijj PAS saja yang sibuk buat kutipan derma melalui projek Tabung Buloh mereka. Rupanya PKR pun tak kurang hebatnya dengan buat jualan kutipan tiket jamuan makan malam bersama pemimpin. Dalam Anwar sibuk tuduh kerajaan Barisan Nasional menindas rakyat, rupanya PKR lagi teruk menipu duit rakyat dengan majlis makan malam yang langsung tak menguntungkan rakyat bawahan.

Yang menariknya, Majlis makan malam anjuran Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur itu bertemakan slogan retorik “Ke arah Kuala Lumpur Selesa, Selamat dan Sejahtera”. Dengan pelbagai program mengaut keuntungan dari poket rakyat, siapa yang selesa, selamat dan sejahtera sebenarnya kalau bukan pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Selama ini Anwar membuat pelbagai tohmahan terhadap kerajaan DS Najib yang disifatkannya membazirkan duit rakyat dan juga tak tahu menguruskan perbelanjaan dengan betul. Apakah Anwar dan PKR tak membazir apabila membuat satu Majlis makan malam besar-besaran di Kelab Sultan Sulaiman ini?

Khabarnya di penghujung Majlis Makan Malam ini akan diadakan pertunjukan bunga api sebagai acara penutupnya. Belum lagi menjadi pemerintah negara tapi Anwar sudah menunjuk-nunjuk kepada rakyat negara dengan menghabiskan duit hanya di Majlis makan-makan. Cuba bayangkan berapa banyak yang akan dihabiskannya kalau manusia ini jadi Perdana Menteri.

Tiket-tiket yang dijual kepada rakyat juga bukannya murah. Tiga jenis tiket dijual kepada rakyat yang mahu menyertai Majlis makam malam tersebut yang bermula dari harga RM60, RM80 dan juga RM100. Itu baru tiket-tiket biasa, ada lagi tiket kelas VIP dan juga VVIP yang dijual kepada umum.

Untuk tiket yang melayakkan rakyat makan semeja dengan Ketua-ketua cabang PKR, harga yang perlu mereka bayar ialah RM1000 bagi satu kepala. Kepada yang mahu makan semeja dengan Ahli Parlimen seperti Azmin Ali dan juga Tian Chua, mereka perlu berhabis sebanyak RM3000 untuk setiap ruang.

Dan bagi rakyat yang mahu merasa menjadi VVIP dan makan semeja bersama Anwar serta Wan Azizah, mereka perlulah mengeluarkan wang poket sendiri sebanyak RM10’000 seorang bagi merebut peluang tersebut. Nampaknya, polisi PKR amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh UMNO serta Barisan Nasional. Didalam PKR, bukannya rakyat didahulukan, tetapi sebenarnya duit yang diutamakan.

Jadi, dimanakah keutamaan terhadap kepentingan rakyat yang selama ini diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim serta kesemua pemimpin-pemimpin PKR? Apa perlunya Majlis Makan malam yang langsung tak menyumbang apa satupun faedah kepada rakyat ini? Malah, rakyat terpaksa mengeluarkan wang mereka sendiri hanya untuk makan semeja dengan ahli politik PKR…, adakah semua ini berbaloi dan menguntungkan rakyat?


Inilah bukti bahawa pemimpin PKR hanya pandai bercakap mengenai keadilan serta ketelusan, tetapi mereka sendiri langsung tak adil dan tak telus didalam setiap tindakan yang mereka lakukan. Kalau nak makan semeja bersama Anwar sahaja rakyat terpaksa bayar RM10’000, bagaimana kalau mereka perlukan bantuan dari Ketua Umum Pakatan tersebut?

DS Najib sendiri rasanya tak pernah mengenakan bayaran langsung jika menghadiri majlis makan-makan bersama rakyat. Malah boleh dikatakan semua pemimpin-pemimpin Barisan Nasional langsung tak pernah meminta rakyat mengeluarkan wang untuk bersantai bersama mereka. Selalunya, pemimpin UMNO/BN lah yang mengeluarkan pembelanjaan duit poket mereka sendiri untuk rakyat…, bukannya seperti Anwar dn PKR yang menghabiskan duit rakyat!

Selepas ini, Anwar dan PKR tak layak untuk bercakap mengenai pembaziran dan juga keutamaan pada rakyat. Majlis Makan Malam yang bakal mereka anjuran ini akan jadi bukti bahawa merekalah yang sebenarnya kuat membazirkan wang rakyat dan juga hanya mengutamakan wang ringgit semata-mata!

credit to MYKMU

1 ulasan:

  1. Makan bersama Anwar Al Juburi Bin Ibrahim & Azizah RM10,000. Kalau package "tidur" bersama Anwar sahaja, berapa?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...