Siapa tidak terpikat dengan janji,
malah itulah yang rakyat harapkan.
Suara Perpaduan Sarawak Membawa Integrasi Nasional
Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat
Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna
SANDAKAN: Baru dua hari selepas jatuh ke laut, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah, tergelincir lagi ke laut selepas jambatan kayu menuju ke sebuah perkampungan nelayan runtuh hari ini.
Dalam kejadian 3.45 petang itu, Ansari dan rombongan kempennya, termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Gas.
"Ia berlaku sejurus selepas Tan Sri Khalid (Ibrahim) melepasi jambatan itu menghala ke sebuah rumah yang dibina atas laut.
"Beliau bergayut pada sebuah papan bila lima pekerja kempen cuba mengangkatnya. Bagaimanapun, mereka semua jatuh ke laut, kata Jumin Jeffrey Masuling, pengurus media pilihan raya PKR.
Jumin yang juga Setiausaha Cabang PKR Tuaran, berkata Ansari yang juga Pengerusi Cabang PKR Tuaran, diselamatkan oleh penduduk kampung.
"Beliau mengalami cedera ringan di lutut dan dada dan dihantar ke Hospital Sandakan," katanya.
Selepas rawatan, beliau meneruskan kempen.
Pada Rabu, Ansari dan pengurus kempennya Oting Enchi dan seorang wartawan NTV7 jatuh ke laut selepas titi kayu di sebuah kampung berhampiran Pulau Api Api runtuh.
Semua mereka basah kuyup di air sedalam semeter tetapi tidak cedera, kecuali telefon mudah alih dan kamera Ansari, bernilai RM4,000 rosak. - BERNAMA
Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan Barisan Nasional, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berentap mendapatkan sokongan undi daripada 25,582 pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pengundi-pengundi inilah yang menentukkan siapa tersungkur dan siapa menang dalam pegundian itu nanti pada 4 November ini.
Para panganalisis politik, melihat pilihan raya kecil ini amat menarik dari segi pencalonan di mana SAPP telah meletakan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon. Persoalannya dapatkah Datuk Yong meraih kemenangan di Batu Sapi?Jumlah pengundi kaum tionghuwa 9,737 di kawasan ini dikatakan merupakan aset besar kepada beliau kerana ramai daripada ahli-ahli perniagaan dari keturunan Hakka, Kontanis dan Hokkien adalah rakan-karibnya semasa menjadi Ketua Menteri Sabah dahulu.Justeru kerana itu Datuk Yong begitu yakin dengan kekuatan parti SAPP itu yang mampu memberi saingan sengit kepada parti Barisan Nasional dan mampu membuat kejutan diluar jangka bagi memenangi pilihan raya kecil berkenaan.
Apapun yang diperjelaskan oleh SAPP, keputusannya selepas pengundian, hipotesis seperti ini sesiapapun boleh melakukan kerana demokrasi bersuara dan melahirkan idelismenya dalam politik adalah bebas dan dibenarkan.
Justeru kerana itulah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti kompenan BN Sabah supaya tidak memandang rendah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Batu Sapi ini.Setiap parti ada kelebihan dari segi strategi memenangi hati para pengundi, perkara inilah perlu diberi perhatian dan perincian supaya BN dapat menyaingi strtegi parti lawan dalam pilihan raya kecil itu.
Maka kerana itulah calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, perlu digandingi mantap oleh para pemimpin BN untuk berkerja keras berdepan rakyat dan memperjelaskan agenda perjuangan politik mendiang suaminya Datuk Edmund Chong.
Rakyat perlu diyakinkan bahawa perjuangan membela kehidupan rakyat di Batu Sapi masih berterusan dan berkesinambungan.Sudah tentu rakyat Batu Sapi tidak mudah lupa akan jasa dan pengobanan Datuk Edmund membangunkan kawasan ini semasa hayatnya dahulu.
Pengundi Bumiputera Islam berjumlah 15,099 itu adalah kelebihan calon BN kerana mejoritinya adalah ahli UMNO yang menjadi penyokong kuat akar umbi kerajaan.Kekuatan calon BN Datin Linda Tsen dilihat juga pada sokongan padu masyarakat cina yang mengandung pertusan pengundi berjumlah 38.06. Jumlah inilah berperanan mengimbangi undian dari kaum cina, bumiputera islam, bumiputera non muslim dan kaum India.
Dari segi kekuatan jentera gerak gempur, publisiti media massa dan media elektronik BN ada kelebihan untuk tujuan meraih undi.
Sementara itu, Parti Pakatan Rakyat (PKR) meletakan Ansari Abdullah sebagai calon dalam pilihan raya kecil Batu Sapi.Beliau merupakan seorang peguam professional dan menjawat jawatan dalam parti sebagai Ketua Cabang PKR, Tuaran. Ansari Abdullah dikatakan diberi mandat besar oleh Presidennya Datuk Seri Wan Dr. Azizah Wan Ismail untuk berkempen habis-habisan bagi meraih undi demi kemenangan PKR dalam pilihan raya ini.
Bagi PKR, kemenangan ini penting sebagai titik bermulanya empayar parti itu di negeri Sabah.
Namun demikian, tidak semudah itu parti PKR mendapat laluan memenangi piliharan P 185 Batu Sapi. Barisan Nasional akan mepastikan gerakan pembangkang menyebarkan dakyahnya memburuk-burukkan kerajaan akan ditentang habis-habisan tegas Tan Sri Muhyiddin .
Keputusan pilihan raya P 185 Batu Sapi segala-galanya ditangan rakyat. Rakyatlah yang mengadili pilihan raya ini siapa tersungkur kalah dan siapa berdiri menang. Namun rakyat harus bijak menilai sendiri parti mana hendak disokong dan calon mana hendak di undi.
Kalau parti BN yang disokong maka undilah calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin.Itulah calon paling tepat dan calon terbaik.Calon lain katakan ,“Tak Nak.”- sumber suara bebas
Sekadar hiasan thesis |
SAPP Tidak Berniat Sertai Pakatan Rakyat Yang Masih Kucar-Kacir
SANDAKAN, 27 Okt (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) berkata ia tidak berniat menyertai Pakatan Rakyat kerana mendakwa gabungan pembangkang itu masih kucar-kacir dan mempunyai banyak masalah dalaman pada ketika ini.
Calon parti tersebut bagi pilihan raya kecil Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden SAPP berkata, "Kita boleh cari kawan, tapi tidak semestinya mahu 'kahwin' dengan Pakatan Rakyat.
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya dan Pakatan Rakyat ada masalah tersendiri...Kalau 'rumah' sudah huru hara, mengapa mahukan kami menyertai anda?," katanya semasa turun berkempen menemui rakyat di Bandar Ramai Ramai, Rabu.
Yong menambah dari pandangan SAPP, walaupun kumpulan pembangkang itu mempunyai potensi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun dasar-dasarnya tidak mampu memenuhi matlamat rakyat Sabah.
Selain Yong, calon BN dari Parti Bersatu Sabah, Datin Linda Tsen Thau Lin juga berdepan dengan pencabar dari Pakatan Rakyat dari PKR, Ansari Abdullah.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, suami Tsen, dalam nahas jalan raya pada 9 Okt lalu.
Hari pengundian ialah 4 Nov.
sumber - BERNAMAp/s: orang Sarawak bagaimana?
GUA MUSANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Galas di sini.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.“Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dekat sini.Muhyiddin berkata masalah tanah Orang Asli itu akan menjadi antara tugas utama calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff sekiranya menang pada pilihan raya kecil bagi kerusi Galas pada 4 Nov ini.“Saya percaya kalau calon BN dipilih menjadi wakil rakyat di sini (Galas) dia akan sampaikan perkara itu (kepada kerajaan negeri),” katanya.Malah, kata Muhyiddin, pencerobohan tanah berkenaan turut mengakibatkan pencemaran sungai yang bertukar warna menjadi merah sedangkan sungai merupakan sumber penting bagi kehidupan masyarakat Orang Asli.“Sepatutnya langkah-langkah menangani masalah pencerobohan (tanah) harus ditangani di peringkat kerajaan negeri, jadi nampaknya perkara ini tidak diberikan perhatian,” katanya.Muhyiddin berkata, kerajaan PAS Kelantan sebaliknya lebih berminat untuk membicarakan isu-isu yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada membangkitkan perkara yang seharusnya menjadi keutamaan.Semasa berucap pada majlis sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM10.8 juta bagi kebajikan masyarakat Orang Asli di Gua Musang.Peruntukan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu termasuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan kos RM7.2 juta di Galas.Beliau berkata, sebanyak 250 unit rumah Orang Asli turut dikenal pasti bagi dibaik pulih kerana mengalami masalah seperti kerosakan bumbung dan lantai.Katanya 30 generator dan 75 unit alat tenaga solar akan dibekalkan di kawasan penempatan Orang Asli selain bantuan 100,000 benih pokok getah untuk meningkatkan pendapatan mereka.“Ini bukan soal (kempen) pilihan raya, ini tanggungjawab kerajaan (BN) untuk turun dan melihat masalah, kalau rakyat hadapi masalah kita bantu,” katanya.Turut hadir ialah Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Brooke, Rashid Akoh.Pada majlis itu Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah sekolah menengah di Pos Brooke bagi kemudahan masyarakat setempat dan sekitarnya.DUN Galas mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke. — Bernama
Pening punya politik pembangkang. Baik PKR mahupun SAPP, kedua-dua berani buat janji bagai nak serah gunung emas kepada penduduk Sandakan.
Autonomi menjadi subjek sebagai daya tarikan untuk memancing undi.
Ini video ahli politik veteran Sabah, Datuk Yong Teck Lee. Dia jamin nak dapatkan kuasa autonomi kepada Sabah, dapatkan kenaikan royalti minyak sebanyak 20% daripada kerajaan pusat.
Parti pula Parti Bebas dan mempunyai kapasiti terhad di Sabah... Tanpa kuasa kerajaan pemerintah, bagaimana SAPP hendak merealisasikan janjinya?
Dia sendiri pernah jadi Ketua Menteri Sabah era 90an dulu takkan pula tidak tahu?
Cuba lihat dan dengar 3:49 , Yong Teck Lee mengada-adakan imbuhan daripada Kerajaan Pusat dengan harapan dia akan mendapat undi rakyat Sabah..... Betul ke BN sebodoh itu? Lawak sungguh!
Dialog pun dah macam PKR.. Skrip pinjam....!
Memang power, tapi berisiko tinggi makan 'back fire'.. Lunyai dia kalau ditempelak orang pasal janji itu...
Itulah kata Datuk Karim Ghani, parti macam ini, parti sap-sap-sui.... Biar Karim Ghani (pro-PKR) belasah SAPP sebab ikut bertanding di Batu Sapi, sedangkan Dr Hiew pula kata SAPP ini ejen BN untuk pecahkan undi.
Datuk Yong Teck Lee tak sedar yang dia ditikam dari belakang, itulah asyik menghentam BN. Akhirnya yang ditipu adalah rakyat Sabah juga....sumber rajahmas