Nuff Head

11 September 2012

Kemerdekaan Umpama Mendapat Tempayan Besar: Abu Seman


Apakah maksud kemerdekaan umpama mendapat tempayan yang besar? Marilah ikuti kupasan ADUN Jemoreng mengenai pengisian erti kemerdekaan ke dalam tempayan ini.

Rakyat harus hargai kemerdekaan dan mengisi dengan pembangunan

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


PERLU DILINDUNGI: Inilah antara rumah-rumah di kawasan perumahan Taman Permai di Sibu.

MUKAH: Semua rakyat harus menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan tugas kita sekarang adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut dengan apa yang kita ada sekarang kata ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi harus dihargai sebaik mungkin dan harus diisi dengan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Bagi saya kemerdekaan ini ibarat kita mendapat sebuah tempayan yang besar, tempayan itu perlu diisi jadi kemerdekaan itu perlu diisi melalui pembangunan yang kita rancang seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Kemerdekaan juga umpama intan yang kita miliki dan perlu dijaga dengan baik, jangan sampai ia hilang kalau hilang kita semua akan menangis untuk mencari intan yang begitu berharga.

“Orang yang hidup lama sudah merasa betapa peritnya hidup semasa dijajah oleh Jepun dahulu, di kampung saya banyak cerita yang mendukacitakan di mana orang-orang kita diseksa semasa kita dalam pemerintahan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Kelab Basikal Mukah (KBM) baru-baru ini.

Sementara itu, Abu Seman yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata kebebasan atau demokrasi yang kita amalkan pada hari ini mempunyai had.

“Demokrasi yang kita amalkan ada hadnya,bukanya demokrasi ini suka hati kita, kita tengok baru-baru ini memijak gambar pemimpin, Adakah itu demokrasi?

“Kita tidak mahu demokrasi jenis itu, demokrasi kita ialah demokrasi yang terpimpin. Pendek kata demokrasi kita ialah untuk membela rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menilai bagaimana cara kehidupan kita pada masa ini hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Wali Kota Bahagian Mukah Ali Suhaili.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...