Penduduk Desa Senadin akan menyambut Hari Malaysia bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam. Pelbagai acara menarik disediakan untuk merancakkan lagi sambutan yang dipengerusikan oleh ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.
Program ini akan menghimpunkan warga Desa Senadin untuk bersama-sama menghayati dan menyambut Hari Malaysia.
Orang ramai juga dijemput hadir untuk beramai-ramai menyambut Hari Malaysia bersama warga Desa Senadin kelak!
Jayakan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September
Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu
MIRI: Jawatankuasa Penduduk Desa Senadin dan Rukun Tetangga (KRT2) Desa Senadin Miri akan mengadakan program sambutan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Pelbagai acara disediakan untuk para pengunjung, antaranya memancing berkumpulan, menangkap itik, memanjat pokok pinang, pertandingan bot kawalan jauh, tarik tali, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan melukis, hiasan muka 1Malaysia, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun serta pelbagai gerai jualan makanan, bank dan promosi kereta serta banyak lagi.
Pengerusi program merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, peserta yang ingin menyertai mana-mana acara boleh mendaftar pada hari yang sama.
“Program ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin warga Desa Senadin bagi sama-sama meraikan Hari Malaysia,” katanya.
Perasmian dijangka akan disempurnakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada jam 2 petang dengan melepaskan sekumpulan pejalan kaki dan yang berbasikal di Taman Bulatan Dan Kolam BSTS Desa Senadin.
Acara sambutan berterusan ke sebelah malam, yang akan dihadiri Menteri Muda Komunikasi dan Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.
Orang ramai diminta sama-sama hadir bagi meraikan sambutan tersebut. Untuk pertanyaan boleh menghubungi Alice Jeleni menerusi talian 013-8092894, Jeffery Alferida (019-8554505) dan Richard Lejau (019-8562735).
0 ulasan:
Catat Ulasan