Fara'idh ialah berasal daripada perkataan faradha (فرض), di dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syara' untuk ahli waris.
Dengan itu, jika pengertian hukum dikaitkan dengan pengertian fara'idh, maka makna hukum fara'idh yang ditanyakan ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemerosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak.
Untuk rnengetahui proses pembahagian yang telah ditetapkan ini, sarna ada daripada sudut caranya atau kadarnya, siapa yang berhak rnenerimanya daripada kalangan ahli waris dan sebagainya, ialah melalui apa yang dinamakan ilmu fara 'idh.Pengertian ilmu fara 'idh menurut sebahagian ulama ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka kepada yang berhak daripada kalangan ahli waris. (Mu 'jam Lughat AI-Fuqahd' h. 341).
Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di dalam ilmu fara'idh akan menghasilkan pembahagian yang seadil-adilnya kerana ia berdasarkan wahyu.Kadar dan bahagian masing-masing sebenamya telah ditetapkan oleh wahyu. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya berfungsi sebagai menunaikan perlaksanaan hukum Allah dalam perkara ini.ii. Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui fara'idh adalah wajib.
Ayat-ayat mengenai faraid ini banyak terdapat dalam AI-Qur'an, begitujuga dalam hadis-hadis.
Di antaranya ayat berikut:يوصيكم الله فى آولدكم ، للذكر مثل حظ الأنثيين فإن كن نسآء فوق أثنتين فلهن ثلثا ما ترك، وإن كانت وحدة فلها النصف.
Tafsirnya: "Allah memerintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagiannya ialah seperdua (separuh harta itu)……"(sehingga akhir ayat). (Surah AI-Nisa ': 11)Dan hadis:عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: اقسموا المال بين أهل الفرائض على كتاب الله تعالى.
Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: "Kamu bahagi-bahagikanlah harta (pusaka) di antara ahli fard 'idh (waris) berdasarkan Kitabullah. "(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
.Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad. Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah di Uhud.
Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di atas.
Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengirim utusan kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).
Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalamfara'idh dan cara inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu akan mendapat pahalajika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.
Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum fara'idh hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.
Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sab dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum fara'idh melalui cara berikut:
(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.
Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya
.(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.
(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.
(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.
Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.
(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masin masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)...
Sumber dari : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia ( USIM)
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
Sehari yang lalu
Teringat kamek dgn orang kampung selalu berkelayi mok nuntut harta pusaka. Sikboh jauh minta maaf jak adik kakak, sekadar renungan, dahla kinek tok isu NCR tengah nait, ada terbaca pihak gomen akan nulong ngator tanah pusaka tapi sidak sik dapatla terjun tajo terus mecah tanah ya! Terpaksa la kita bermuafakat dolok sesama abang, kakak, adik, mana-mana la ahli keluarga supaya hak ya jelas, lepas ya barukla kita ngagak sidak land survey untuk mintak tulong ngator dan ngalusnya lagik supaya sik berkelayi bukan apa harta pusaka tok peninggalan nenek datuk kita!! Mun dapat lepas dipecah polah la rumah pakey diam mana adik kakak sik ada berisi rumah numpang sia dolok pakey amal jariah. Iboh tamak dgn dunia tok sik ke siney. Kelak ney tauk ari hujan numpang berteduh kita di tanah pusaka.
BalasPadamyalah,bagi yang ada tanah tok memang jadi isu..semua madah tanah cdak.dari datok nenek dah ada tanah NCR tok,siap dengan sain penghulu.biasalah datok nenek kita dolok anak rame,dapat polah segek team bol.mun dah anak rame tanah si besar.kadang2 tanah sekangkang kera pun di rebut.tok lah yang jadi masalah.yang tua madah nya berhak kerana nya tua,yang tengah madah nya pun ada bahagian,yang bungsu madah orang niggal bapak dah beri tanah dengan nya..semua tok isu dalam keluarga...
BalasPadamdah berebut camya semua nuntut tanah..bekelahi sama dirik.nak report ke land survey,pecah palak cdak land survey,dengan sapa tanah tok nak di letakkan nama.mauk sik mauk cdak land survey nyuruh setlle dengan keluarga dolok.nama sapa nak di letak..tok nyuruh ceta tanah NCR tertangguh sampe kinek tok..sapa yang salah..dirik pun yang tanggung...cuba muafakat,dapat embak berkat.....tok sik embak isu tok dengan sidak DAP.apa yang cdak tauk...nak ambik tanah kita gi adalah..
Salam Ramadhan AlehKayong,
BalasPadamKadang-kadang kerana harta pusaka, Anak beranak bergaduh tak bertegur sapa sampai bertahun2. Biasa terjadi begini. Jika penerangan tentang hukum Faraidh ini telah dapat difahami oleh orang ramai tentunya hal berebut begini tidak akan terjadi lagi.
Tahniah, Blog yang baik,kemas dan banyak info.
selamat petang dan salam Ramadhan kepada alehkayong...
BalasPadamSemoga dengan informasi yang dikongsikan dapat membantu serba sedikit kepada kita semua. Sekarang ini banyak sekali yang kita dengar tentang kes-kes merebut harta pusaka walaupun harta-harta tersebut sudah dibahagikan sama rata antara satu sama yang lain. Dan adakah ini boleh dikatakan sebagai politik keluarga? Hik...
Terima Kasih.
Tanpa Nama dan kuchingitam terima kasih atas komen .
BalasPadamsaya juga berpendapat bagi mempercepatkan proses tanah NCR ni kita perlu menyelesaikan di pihak kita dahulu baru kita bawa ke pihak kerajaan.Sebenarnya masaalah ini dihadapi oleh keluarga saya juga , 20thn dah arwah atuk meninggal namun baru kebelakangan ini ahaja baru pekara ini selesai , cara penyelesaiannya adalah balik kepada hukum di atas .banyak pengorbanan telah dibuat oleh bapak-bapak dan emak-emak saudara saya sebelum mecapai kata putus.walau pun pahit mereka telan juga..Allhamdulilah haji badal arwah atuk telah dibuat...
sweetie2010.blogspot,
Salam ramadhan dan selamat datang,
benar kata sweetie2010.blogspot,
semoga kita semua diberi taufik untuk amal dan sampaikan perintah allah walaupun sepatah.
terima kasih saya memang baru dalam dunia blog, saya berbesar hati untuk menerima teguran membina.insyalah
salam ramadhan,
BalasPadampengumpulblog ,
lucu juga tapi benar inilah politik keluarga dan saya juga berpandangan setiap keluarga , baik berharta ataupun tidak semua akan mengalami politik keluarga ini ,cuma isu-isu jak lain , saya yakin politik keluarga ini dilandaskan dengan agama , ksh sayang dan ketaatan pada undang-undang negara maka ia akan menjadi sesuatu yang positive...walhualam
terima kasih atas kunjungan dan komen anda.:)
nice info and n3
BalasPadamb.r.u.t.a.l.s.o.l.o ,
BalasPadamtq for the visit.